UPM Institutional Repository

STEdex bentuk hasil kreatif pelajar, pensyarah


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) STEdex bentuk hasil kreatif pelajar, pensyarah. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 27 APRIL – Pameran Sustainable Tropical Environment Design Exhibition (STEdex10) anjuran Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM)merupakan medium terbaik mengetengahkan hasil kreatif pelajar dan pensyarah UPM ke tahap lebih profesional. Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM, Prof. Madya Dr. Osman Mohd. Tahir berkata, melalui pameran STEdex yang pernah dianjurkan sebelum ini menunjukkan banyak hasil kreatif dalam bidang seni bina berjaya diketengahkan sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. “Hasil kreatif yang dipamerkan telah melalui satu proses pembangunan konsep, penyelidikan reka bentuk yang amat teliti, penilaian yang ketat dari segi persembahan di studio. Ia juga melalui penilaian serta pemilihan dari panel juri penilai profesional luar. “Melalui penilaian yang mantap ini, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM telah berjaya menghasilkan pameran serta katalog STEdex berindeks. Selain itu sebahagian produk yang dipamerkan telah memperolehi product ID dan dalam proses untuk dipatenkan serta dikomersialkan. “Lebih membanggakan, pada bulan Mei lalu, katalog STEdex telah disenaraikan sebagai salah satu jurnal dalam Design and Applied Arts Index (DAAI) di bawah ProQuest, Cambridge University dan ia turut di senaraikan dalam SCOPUS-CSA Illumina Arts and Humanities Indexs,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian STEdex 10 yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi di sini baru-baru ini. Pameran STEdex diadakan bertujuan mempamerkan hasil reka bentuk dan seni bina yang dihasilkan oleh pensyarah serta pelajar UPM di samping untuk meningkatkan budaya aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D). Sebanyak 11 pameran dan seramai 15 peserta yang terlibat pada pameran yang akan berakhir pada 9 November 2011.


Download File

[img]
Preview
PDF
STEdex_bentuk_hasil_kreatif_pelajar,_pensyarah.pdf

Download (76kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 04 May 2011 01:15
Last Modified: 27 May 2013 07:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item