Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR.

[img] PDF
119Kb

Abstract

SERDANG, 30 Mei - Seramai 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beranang merasai pengalaman berbeza apabila dibawa menyertai program Pemantapan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah 2011 (Pepsi) anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 16 UPM di sini baru-baru ini. Mereka merupakan murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Pengarah Pepsi, Muhammad Hazmi Wahab berkata, program itu merupakan sebahagian dari tanggung jawab sosial Kolej 16 dalam memberi suntikan motivasi dan membina jati diri serta persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. “Selama program tiga hari dua malam, murid-murid ini didedahkan dengan amalan yang baik seperti disiplin diri, berdikari, memiliki rasa tanggungjawab dan bekerja sebagai satu pasukan. “Banyak aktiviti yang kita anjurkan bagi meningkatkan motivasi diri mereka dalam pelajaran antaranya program muhasabah diri, enjoy science and math, slot belajar bahasa Inggeris dan explorace,” katanya ketika di temui pada majlis perasmian Pepsi 2011 di sini. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz. Turut hadir, Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon dan Guru Besar SK Beranang, Yusoff Kamaruddin. Menurut Hazmi, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu, program itu juga bertujuan mendekatkan pelajar sekolah dengan suasana persekitaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Sementara itu, Johan dalam ucapannya berharap program itu dapat memberi kesan positif terutama kepada kecemerlangan UPSR pelajar. “Saya amat menggalakkan program seumpama ini yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kecemerlangan UPSR di daerah Hulu Langat. “Malah program-program ini juga menyebabkan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah menduduki tempat kedua terbaik dalam UPSR di Selangor pada tahun lalu. “Pada tahun ini saya berharap kita akan mendapat tempat pertama UPSR dan saya mengharapkan SK Beranang dapat memecahkan rekod yang sedia ada,” katanya. Salah seorang peserta, Ain Farhana Mohd. Farid berkata dia amat bertuah dipilih untuk menyertai program tersebut. “Menyertai program ini menyedarkan saya mengenai kepentingan pelajaran dan bagaimana pelajaran mampu mengubah nasib keluarga,” katanya.

Item Type:UPM News
ID Code:12128
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:08 Jun 2011 08:13
Last Modified:27 May 2013 07:51

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 08 Jun 2011 08:13.

View statistics for "Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.