Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan

Hussin, Haziyah (2000) Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
652Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu, kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini melibatkan dua sumber bahan, iaitu sekunder (bahan teks) dan primer (artifak dan temu bual). Sumber temu bual telah melibatkan 30 informan yang dipilih berdasarkan sampel bermaklumat secara teknik 'snowballing'. Bahan artifak pula terdiri daripada 315 jenis yang didapati daripada blok batik dan kain songket. Hasil kajian daripada bahan artifak mendapati tumbuh-tumbuhan merupakan sumber inspirasi yang terpenting, merangkumi 221 jenis (70.16 % ) . Kajian dari segi pemilihan dan kegunaan motif, mendapati penghasilan motif tumbuh-tumbuhan dibuat berdasarkan keunikan bentuk, sumber yang senang didapati, sumber makanan dan ubatan. Sumber pemilihan motif daripada hidupan pula adalah berdasarkan kepentingan dari segi makanan, pengaruh Hindu dan senang didapati. Motif daripada sumber kosmos dan alam bumi pula dipilih berdasarkan keunikan dan simbol . Dari segi teknik pula, batik lebih banyak menghasilkan motif tumbuh-tumbuhan berbanding dengan songket. Songket merupakan penyumbang terbanyak dalam penggunaan motif sumber hidupan, kosmos dan alam . Analisis kajian mendapati bahawa pemilihan motif tumbuh-tum buhan merupakan sumber utama dalam inspirasi motif tekstil di Kelantan berdasarkan kesedaran orang Melayu, khususnya seniman dan tukang serta pengguna terhadap larangan Islam . Analisis kajian ini juga mendapati ketiadaan kefahaman tentang prinsip reka bentuk menjadikan pengusaha tekstil lebih gemar meniru motif batik dari dalam dan luar negara. Dalam penghasilan motif songket pula, didapati penenun tidak lagi menghasilkan motif yang halus dari segi pembuatan. Penenun biasanya meniru motif yang dibuat pada masa lalu tanpa memahami falsafah pemilihan asal. Keadaan ini menghalang pengusaha batik dan songket daripada menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Handicraft industries - Malaysia
Subject:Textile crafts - Kelantan
Chairman Supervisor:Dr. Nordin Abdul Rahman
Call Number:FRSB 2000 2
Faculty or Institute:Faculty of Design and Architecture
ID Code:11946
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:19 Jul 2011 03:26
Last Modified:12 Sep 2011 01:44

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 Jul 2011 03:26.

View statistics for "Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.