UPM Institutional Repository

Digital Appreciation Center: Perpustakaan Digital Tempatan Bidang Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat


Citation

Abdullah, Salmah (2001) Digital Appreciation Center: Perpustakaan Digital Tempatan Bidang Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Perpustakaan digital adalah satu konsep dan pendekatan baru dalam perkhidmatan perpustakaan untuk alaf akan datang. Kaedah moden dalam perkhidmatan maklumat ini telah membawa beberapa perubahan kepada perkhidmatan tradisi perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat yang meluas, terutama dalam pembangunan dan pengurusan aplikasi dan pendigitan maklumat akan memainkan peranan penting di dalam perpustakaan. Satu perpustakaan digital yang dinamakan "Digital Appreciation Center : Perpustakaan Digital Tempatan Bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat" telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna dalaman dan penjelajah Web serta membantu pengguna mengeksploitasi sepenuhnya bahan, maklumat dan perkhidmatan dihujung jari pengguna. Ia juga dibangunkan sebagai satu alat rujukan untuk Program Pendidikan Pengguna. Elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan interaktiviti telah diterapkan untuk memberi persembahan laman web yang menarik. Pengguna boleh mencapai perkhidmatan maklumat bibliografik, pangkalan data istilah, artikel pendek dan pautan kepada sumber maklumat tempatan serta global dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Penyelenggara laman web boleh mengurus data dan mencapai laporan pengurusan. Sistem ini telah dibangunkan menggunakan HTML, PHP, Java applets dan Javascript serta beroperasi di atas perisian pelayan Omnihttpd v.2.08; dan boleh dicapai di alamat http://web.myvirtec.netimaster/elibrary.


Download File

[img] PDF
FSKTM_2001_15_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Digital libraries - Use studies
Subject: Digital libraries - Management
Subject: Computer science - Digital libraries
Call Number: FSKTM 2001 15
Chairman Supervisor: Prof. Madya Dr. Sidek Bin Haji Ab. Aziz
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 19 Jul 2011 03:47
Last Modified: 17 Dec 2012 03:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11925
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item