Taufik , (1994) Perubahan Buah Ciku (Achras Sapota L.) Semasa Perkembangan Dan Kesan Suhu Serta Pembungkusan Semasa Penyimpanan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 5Mb |
Abstract
Buah ciku jenis"Betawi"mencapai kematangan fisiologi pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga. Berat, isipadu dan saiz (panjang dan garis pusat) mempunyai korelasi yang bermakna dengan umur terutama sekali saiznya. Ketumpatan buah tidak berubah semasa kematangan (p < 0.05), oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai indeks kematangan. Pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga, kulit buah berwarna hijau muda bila diguris, pulpanya berwarna coklat muda, manakala bijinya berwarna hitam dan keras. Semasa kematangan fisiologi, ketegasan, kandungan lembapan, tanin dan pektio mencapai tahap maksimum. Asid tertitrat dan asid askorbik meningkat bingga bulan kelima dan kemudian menurun. Sebaliknya pH menurun hingga bulan kelima dan meningkat selepas itu. Jumlah gula, fruktosa, glukosa, sukrosa dan jumlah pepejal larot meningkat di sepanjang perkembangan buah. Pada masa yang sama kandungan kanji menurun.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Sapodilla - Effect of temperature on. |
| Subject: | Growth (Plants). |
| Chairman Supervisor: | Mohamad Nordin Abdul Karim |
| Call Number: | FSMB 1994 5 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Food Science and Technology |
| ID Code: | 11830 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 19 Jul 2011 15:48 |
| Last Modified: | 02 Jul 2012 09:14 |
Repository Staff Only: item control page