Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Mat Hassan, Ahmad Fuad (2010) Perilaku berbahasa sopan dan kasar dalam peribahasa Melayu. In: International Seminar of Fiction and Faction in the Malay World, 11-12 November 2010, Frankfurt University, German.
Full text not available from this repository.
Abstract
Peribahasa mencerminkan peraturan-peraturan, nilai-nilai, dan kehendak-kehendak masyarakat Melayu silam. Apa-apa yang dilahirkan melalui peribahasa itu adalah berupa nasihat, menyatakan adat istiadat dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Dalam Peribahasa Melayu terdapat peribahasa Melayu yang memancarkan perilaku berbahasa sopan dan kasar terhadap seseorang seperti amanah, ikhlas, bercakap benar dan menepati janji dan sebagainya. Justeru kertas kerja ini akan mengenal pasti perilaku berbahasa sopan dan kasar terhadap seseorang dalam peribahasa Melayu, kedua membincangkan sejauh mana masyarakat Melayu dan masyarakat luar dapat memahami nilai kejujuran dan kesopanan yang cuba disampaikan melalui peribahasa Melayu supaya setiap ahli masyarakat yang berurusan di dunia Melayu dapat mengamalkan sikap hormat menghormati dalam segala perkara supaya dapat mempamerkan perilaku yang bermaruah dan bertindak berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia. Data kajian dikumpul daripada teks peribahasa Melayu. Data yang dipilih dianalisis menggunakan pendekatan sosiolinguistik dan pragmatik.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Keyword: | Perilaku berbahasa, Peribahasa Melayu |
| Subject: | Proverbs, Malay |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 11742 |
| Deposited By: | Samsida Samsudin |
| Deposited On: | 14 Apr 2011 15:55 |
| Last Modified: | 14 Apr 2011 15:56 |
Repository Staff Only: item control page