UPM hasil pengganti garam natrium rendah untuk pesakit jantung, diabetis dan darah tinggi

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM hasil pengganti garam natrium rendah untuk pesakit jantung, diabetis dan darah tinggi.

[img] PDF
97Kb

Abstract

SERDANG, 29 Mac - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan Cardio-mate atau pengganti garam daripada tumbuhan yang mempunyai kandungan natrium rendah bagi pesakit jantung, diabetis dan darah tinggi yang mempunyai risiko makanan garam. Ketua penyelidik, Prof. Dr. Suhaila Mohamed dari Institut Biosains berkata produk berbentuk pil dan serbuk itu mempunyai ciri-ciri anti-oksida dan kalsium tinggi turut menjadi penambah perisa makanan. “Cardio-mate mempunyai ciri-ciri merencatkan kenaikan gula dalam darah, mengawal tekanan darah berlebihan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah. “Produk antimicrobial ini melambatkan kerosakan makanan serta mempunyai diet serat larut dan protin yang tinggi serta mempunyai sifat mencegah kanser payudara, kanser servik dan kanser prostat,” katanya pada Sidang Media Putra Cipta anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) di sini. Beliau berkata produk yang dihasilkan daripada teknologi makanan itu turut membantu mengawal berat badan serta melambatkan penyakit kemerosotan pada individu berumur. Prof. Suhaila berkata penggunaan Cardio-mate sesuai digunakan untuk produk sos, snek, aiskrim, minuman, kosmetik, pengganti serbuk keju, garam, kicap dan pelbagai jenis makanan. “Cara penggunaannya ialah dengan menaburkan ke atas makanan pesakit selepas masakan dan ianya tidak boleh dimasukkan dalam makanan yang sedang dimasak,” katanya. Cardio-Mate juga lulus ujian toksisiti adalah suplemen herba dan bukan produk perubatan. Dr. Fatimah berkata penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2002 sehingga kini dibiayai oleh Skim Geran Universiti Penyelidikan (RUGS), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Beliau dibantu oleh lapan penyelidik lain iaitu Dr. Patricia Matanjun; Dr. Farideh Namvar; Dr. Noordin Mohamed Mustapha; Fatemeh Shamsabadi; Prof. Dr. Rasedee Abdullah; Samaneh Ghasemi Fard; Dr. Juliana Md Jaffri dan Rosalina Tan Roslan Tan. Produk yang difailkan paten pada tahun 2006 telah menerima pengiktirafan antarabangsa iaitu pingat emas dalam International Exhibition of Ideas Inventions New Products (iENA) 2008 di Nuremberg, Jerman dan 18th International Invention Innovation Industrial Design and Technology Exhibition (ITEX), 2007.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:11720
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:13 Apr 2011 02:04
Last Modified:27 May 2013 07:49

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 13 Apr 2011 02:04.

View statistics for "UPM hasil pengganti garam natrium rendah untuk pesakit jantung, diabetis dan darah tinggi"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.