Keyword Search:

Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28.

[img] PDF
103Kb

Abstract

SERDANG, 18 Mac – Seperti diduga, pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan jaguh olahraga Norjannah Hafiszah Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2010 pada Anugerah Sukan UPM ke-28 di sini. Tengku Ahmad Tajuddin dan Norjannah Hafiszah menerima anugerah tertinggi sukan dan hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Salleh Jaafar. Ahmad Tajuddin yang bersama membantu skuad hoki kebangsaan menggondol perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bersyukur meraih anugerah itu yang menjadikan beliau pemain hoki kedua selepas Mohd. Sukri Abdul Mutalib menerima anugerah yang sama pada 2007. “Saya harap dapat meneruskan kecemerlangan dalam sukan dan akademik pada masa yang sama,” kata pelajar Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia yang turut membantu Kelab Hoki Kuala Lumpur menjuarai Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011. Bagi Norjannah, pengiktirafan itu merupakan satu lakaran sejarah yang tersendiri buat dirinya setelah berjaya melebur rekod kebangsaan berusia 21 tahun dalam acara 4x100m pada Kejohanan Olahraga di Poland Julai lalu. Pelajar Sarjana Muda Sumber Manusia berkata beliau akan memberi sepenuh tumpuan terhadap sukan olahraga selepas beliau menamatkan pengajian di UPM. "Saya bersyukur kerana kegigihan saya dihargai menerusi anugerah ini. Saya percaya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan ini,'' katanya. Pemain hoki negara, Muhammad Razie Abdul Rahim dinobat sebagai Olahragawan Harapan manakala pemain tenpin bowling, Koh Suet Len memenangi anugerah Olahragawati Harapan. Anugerah Khas diberikan kepada sembilan atlet UPM iaitu Mohamad Akmal Amrun (lumba basikal), Lee Zhein Huey (renang irama), Chai Fong Wei (wushu), Loh Jack Chang (wushu), Hai Fong Ying (wushu), Leong Mun Yee (terjun) Razman Mat Ali (perahu layar), Cheah Like Hou (badminton) dan Nurfarah Afiqah Mohd Taufekh (menembak). Dalam majlis sama, pasukan hoki UPM turut menerima pengiktirafan Anugerah Pasukan Cemerlang ekoran kejayaan yang pasukan itu merangkul juara bagi acara hoki pada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2010.

Item Type:UPM News
ID Code:11677
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:11 Apr 2011 12:36
Last Modified:27 May 2013 15:49

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Apr 2011 12:36.

View statistics for "Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28"