Keyword Search:

Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011.

[img] PDF
101Kb

Abstract

SERDANG, 28 Mac– Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan majlis promosi khas filem Cun! 2011 bagi memenuhi keperluan kursus Strategi Perhubungan Awam untuk mempromosikan filem itu. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis iaitu Maya Karin dan Remy Ishak yang ditemu bual melalui stesen radio Putra FM. Seramai 200 pengunjung ke FBMK yang terdiri daripada pelajar dan peminat di seluruh Selangor. “Saya gembira dapat bertemu pelajar-pelajar UPM kerana merekalah generasi yang akan menggerakkan industri seni pada masa depan. Mereka perlu diserapkan semangat mencintai filem tayangan yang dihasilkan oleh penggiat seni tanah air,” kata Maya Karin. “Dengan adanya promosi seperti ini, saya juga dapat mendekati serta bermesra dengan mereka. Hubungan akrab antara peminat dan artis amat penting kerana merekalah yang menentukan sejauh mana kedudukan kita dalam industri,” kata Remy Ishak. Filem Cun! terbitan Tayangan Unggul arahan Osman Ali itu ditayangkan di pawagam bermula pada 31 Mac 2011.

Item Type:UPM News
ID Code:11600
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:07 Apr 2011 12:19
Last Modified:27 May 2013 15:49

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 07 Apr 2011 12:19.

View statistics for "Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011"