Lamun@Jailani, Fadhilah (2003) Kesan Hipokolesterolemik Buah-Buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1159Kb |
Abstract
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan sehari dicadangkan oleh American Heart Association berdasarkan kandungan mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya. Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai perkaitan songsang dengan kejadian penyakit kronik terutarnanya penyakit kardiovaskular. Objektif utarna kajian ini adalah untuk menganalisis komposisi nutrien dan aktiviti antioksidan serta mengkaji potensi hipokolesterolemik buah-buahan tempatan iaitu jambu batu (Psidium guajava L.), betik (Carica papaya L.) dan nenas (Ananas comosus L.) dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular secara in vivo dan klinikal. Sebanyak 81 ekor tikus Sprague Dawley jantan telah dibahagikan sarna banyak kepada sembilan kumpulan dalarn kajian in vivo. Pada minggu pertarna kajian lapan daripada sembilan kumpulan tersebut telah diaruh hiperkolesterolemia dengan menarnbah 1 % kolesterol dan 0. 1 % asid kolik dalam diet masing-masing. Kumpulan tikus yang tidak diaruh hiperkolesterolemia dijadikan sebagai kumpulan kawalan normal dan satu kumpulan tikus yang telah diaruh dijadikan sebagai kumpulan kawalan heperkolesterolemik.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Chairman Supervisor: | Rokiah Mohd Yusof, PhD |
| Call Number: | FPSK(M) 2003 13 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Medicine and Health Science |
| ID Code: | 11259 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 18 Jul 2011 02:22 |
| Last Modified: | 08 Aug 2011 04:54 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 18 Jul 2011 02:22.