Keyword Search:

Penilaian Pakej Pendidikan Pemakanan Promosi Gaya Hidup Sihat Di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah: Satu Kajian Helic

Buhari, Siti Sabariah (2003) Penilaian Pakej Pendidikan Pemakanan Promosi Gaya Hidup Sihat Di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah: Satu Kajian Helic. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1197Kb

Abstract

Tabiat pemakanan yang dibentuk pada peringkat kanak-kanak akan mempengaruhi status pemakanan dan kesihatan mereka dewasa kelak. Pendidikan pemakanan di sekolah dengan menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai mampu meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan seterusnya memperbaiki taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak. Maka, satu kajian telah dijalankan untuk mempromosi pemakanan berkhasiat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah . Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai pakej pendidikan pemakanan yang dibentuk untuk mempromosi amalan pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kajian ini merupakan salah satu dari projek di bawah kajian induk yang bertajuk 'Promosi Gaya Hidup Sihat Di Kalangan Kanak- Kanak atau dikenali sebagai kajian HELIC (The HELIC Study). Kajian berdasarkan rekabentuk eksperimen ini telah dijalankan di kawasan sosioekonomi tinggi dan rendah . Dua buah sekolah dipilih secara rawak dari setiap kawasan satu sebagai sekolah eksperimen dan satu lagi sebagai sekolah kawalan. Seramai 335 kanak-kanak tahun dua telah dipilih secara rawak untuk terlibat dalam kajian ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Chairman Supervisor:Zalilah Mohd Shariff, PhD
Call Number:FPSK(M) 2003 11
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
ID Code:11257
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:18 Jul 2011 10:28
Last Modified:08 Aug 2011 12:55

Repository Staff Only: Edit item detail