Mohd Elias, Saliza (2001) Hubungan Antara Kepekatan Plumbum Darah Dengan Status Pemakanan Murid-Murid Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1077Kb |
Abstract
Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara kepekatan plumbum darah dengan status pemakanan di kalangan murid-murid sekolah rendah di Kuala Lumpur. Seramai 225 orang murid-murid Melayu berumur antara 6.3 hingga 9.8 tahun yang terdiri daripada 113 lelaki dan 112 perempuan telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan kaedah rawak terstratum. Sampel darah murid-murid diambil mengikut kaedah cucukan hujung jari. Kepekatan plumbum darah diukur menggunakan instrumen Spektrometer Serapan Atom Relau Grafit model GBCAA 908AA. Status pemakanan responden dinilai menerusi status ferum, pengambilan nutrien dan antropometri. Dua indeks status ferum iaitu kepekatan hemoglobin dan % hematokrit digunakan untuk mengenalpasti kejadian anemia. Pola pengambilan makanan ditentukan menggunakan Soal Selidik Kekerapan Pengambilan Makanan manakala pengambilan nutrien (tenaga, protein, lemak, karbohidrat, kalsium dan ferum) diukur menggunakan kaedah Peringatan Semula Diet 24-jam.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Lead in the body |
| Subject: | Lead - Environmental aspects |
| Subject: | Children - Nutritional aspects |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Zailina Hashim, PhD |
| Call Number: | FPSK(M) 2001 7 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Medicine and Health Science |
| ID Code: | 11219 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 18 Jul 2011 12:27 |
| Last Modified: | 13 Sep 2011 09:06 |
Repository Staff Only: item control page