Sulaiman, Norhasmah (1999) Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular Di Kalangan Orang Dewasa Melayu Di Rumah Pangsa Sri Pahang Bangsar, Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1848Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular di kalangan orang dewasa Melayu lelaki dan perempuan yang berumur 21 - 60 tahun di Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar, Kuala Lumpur. Jumlah responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini ialah 218 isirumah yang terdiri dari 70 orang lelaki dan 148 orang perempuan. Responden ditemubual dengan menggunakan borang soal selidik. Ukuran antropometri, ukuran tekanan darah dan paras serum kolesterol telah diperolehi daripada setiap responden. Faktor-faktor risiko yang dikaji ialah tabiat merokok, aktiviti senaman, pengambilan makanan, jumlah kolesterol darah, tekanan darah, obesiti dan sejarah perubatan keluarga. Pengambilan kalori, karbohidrat, protein, lemak dan vitamin A adalah melebihi purata untuk lelaki dibandingkan dengan perempuan. Kaedah menggoreng makanan dan penggunaan perisa merupakan kaedah menyediaan makanan yang paling digemari oleh responden. Seramai 54.3% responden lelaki menghisap rokok berbanding dengan 0.7% responden perempuan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Khor Geok Lin, PhD |
| Call Number: | FPSK(M) 1999 4 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Medicine and Health Science |
| ID Code: | 11200 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 18 Jul 2011 05:49 |
| Last Modified: | 12 Sep 2011 07:46 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 18 Jul 2011 05:49.