Simple Search:

Persekitaran Dan Serangan Asma Di Kalangan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur Dan Terengganu

Jalaludin, Juliana (1998) Persekitaran Dan Serangan Asma Di Kalangan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
FPSK_M_1998_2_A.pdf

Download (1MB)

Abstract / Synopsis

Satu kajian perbandingan yang melibatkan kanak-kanak asma di kawasan Kuala Lumpur (tercemar) dan Terengganu (kurang tercemar) telah dijalankan. Melalui persampelan bertujuan seramai 163 orang kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan 38 orang kanak-kanak asma di Terengganu telah dipilih dalam kajian. Objektif kajian adalah mengkaji pengaruh faktor-faktor persekitaran kediaman dan udara ambien ke atas kekerapan serangan di kalangan kanakkanak asma di Kuala Lumpur dan Terengganu. Kajian berbentuk epidemiologi prospektif ini telah dijalankan dari 26 Jun sehingga 23 November 1 9 96. Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat latarbelakang sosioekonomi, sejarah dan tahap penyakit, manakala kad diari pula digunakan untuk mendapatkan maklumat serangan asma harian. Data kualiti udara di kawasan Kuala Lumpur diperolehi dari Jabatan Alam Sekitar, Kuala Lumpur dan stesyennya terletak di Dewan Bandaraya.

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FPSK(M) 1998 2
Chairman Supervisor: Dr. Zailina Hashim
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 14:42
Last Modified: 08 Aug 2011 13:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11194

Actions (login required)

View Item View Item