Said, Md.Yadi (1996) Cara Pengurusan Konflik Antara Perseorangan Di Kalangan Eksekutif Dan Keberkesanannya Dalam Organisasi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1054Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan individualistik dan kolektivistik responden. Jumlah responden yang mengambil bahagian ialah 121 eksekutif dengan memulangkan borang soal selidik yang diisi sendiri. Tiga jenis borang soal selidik digunakan iaitu; borang A untuk konflik antara perseorangan dengan superior, borang B untuk konflik antara perseorangan dengan rakan sejawatan dan borang C untuk konflik antara perseorangan dengan subordinat. Setiap responden hanya menjawab satu jenis borang soal selidik sahaja. Integrasi merupakan cara pengurusan konflik antara perseorangan yang paling kerap digunakan apabila berkonflik dengan superior, rakan sejawatan dan subordinat dalam agensi kerajaan dan swasta.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Conflict management - Executives - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Md. Salleh Hj. Hassan, PhD |
| Call Number: | FPP/L 1996 6 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 11148 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 18 Jul 2011 08:14 |
| Last Modified: | 08 Sep 2011 06:58 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 18 Jul 2011 08:14.