Tahap Penglibatan Pekerja-Pekerja Kilang dalam Program Rakan Muda Sektor Industri

Ahmad, Anuar (2001) Tahap Penglibatan Pekerja-Pekerja Kilang dalam Program Rakan Muda Sektor Industri. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1482Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap penglibatan pekerja-pekerja kilang dalam Program Rakan Muda sektor industri di Kawasan Perindustrian Sungai Way. Objektif khusus kajian ini ialah 1) menentukan tahap penglibatan pekerja-pekerja kilang dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap aktiviti Program Rakan Muda yang disertai 2) mengenalpasti tahap faktor pengetahuan pekerja-pekerja kilang terhadap pendedahan kepada sumber maklumat dan penyampaian maklumat oleh agensi pelaksana 3) mengenalpasti tahap faktor tanggapan pekerja-pekerja kilang terhadap konsep pembangunan, matlamat dan strategi dan faedah terhadap penglibatan mereka dalam Program Rakan Muda 4) mengenalpasti tahap faktor sikap pekerja-pekerja kilang terhadap agensi pelaksana dan (5) menentukan hubungan antara tahap penglibatan pekerja-pekerja kilang sebagai angkubah bersandar dengan beberapa angkubah tak bersandar iaitu faktor demografi, faktor pengetahuan, tanggapan serta sikap terhadap Program Rakan Muda. Kaedah kajian ialah melalui temubual dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diuji. Seramai 135 responden telah dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan hasil kajian ini. Data dianalisis dengan komputer menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Kajian ini mendapati tahap penglibatan pekerja-pekerja kilang dalam Program Rakan Muda sektor industri 73.3% berada di peringkat rendah. Faktor lain yang berada di tahap rendah ialah faktor pengetahuan sebanyak 100%, faktor tanggapan sebanyak 59.3% dan faktor sikap sebanyak 5 1. 1 %. Penemuan kajian ini juga menunjukkan faktor penglibatan sebagai angkubah bersandar mempunyai hubungan korelasi yang signifikan dengan faktor-faktor angkubah tak bersandar iaitu faktor demografi umur, faktor pengetahuan, faktor tanggapan dan faktor sikap pada aras signifikan 0.05. Hubungan antara faktor demografi umur dengan faktor penglibatan adalah positif tetapi rendah dengan nilai r=0.26. Sementara itu hubungan antara faktor pengetahuan dan faktor tanggapan adalah positif dan tinggi dengan masing-masing mempunyai nilai r=0.79. Bagi faktor sikap dengan faktor penglibatan pula adalah didapati positif dan sederhana dengan nilai r=0.57. Sebagai agensi pelaksana Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu meningkatkan tahap pengetahuan, tanggapan serta sikap pekerja-pekerja dalam Program Rakan Muda sektor industri. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan bagi membiayai aktivitiaktiviti program malah bagi melahirkan generasi belia yang berwawasan.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Manufacturing industries - Employee - Malaysia.
Chairman Supervisor:Profesor Madya Dr. Hj. Turiman b. Suandi
Call Number:FPP 2001 16
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:10958
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:26 May 2011 08:51
Last Modified:07 Jun 2012 09:14

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 26 May 2011 08:51.

View statistics for "Tahap Penglibatan Pekerja-Pekerja Kilang dalam Program Rakan Muda Sektor Industri"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.