UPM Institutional Repository

Proses Pembezaan, Polarisasi dan Pembentukan Subbudaya Pelajar dalam Sistem Pengaliran di Sekolah Menengah


Citation

Shaharuddin, Noraizah (2001) Proses Pembezaan, Polarisasi dan Pembentukan Subbudaya Pelajar dalam Sistem Pengaliran di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sistem pengaliran dijalankan di sekolah-sekolah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara khususnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tentang sistem pengaliran yang menyebabkan berlakunya proses pembezaan, polarisasi dan pembentukan subbudaya pelajar. Ini mempengaruhi persepsi pelajar terhadap guru, kurikulum dan sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif Sebanyak tiga buah sekolah menengah lelaki di pinggir bandar Kuala Lumpur telah dipilih dalam kajian ini. Seramai 366 orang pelajar sekolah tersebut telah diambil sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat dari kelas yang terbaik dan terlemah. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Perbincangan terbuka juga diadakan bersama responden dan pihak pentadbir sekolah bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Analisis deskriptif telah menunjukkan bahawa sistem pengaliran yang dijalankan di sekolah telah menyebabkan berlakunya proses pembezaan dan polarisasi di kalangan pelajar yang dialirkan. lni juga menyebabkan pelajar membentuk subbudaya yang pro atau antibudaya sekolah. Bagi pelajar yang probudaya sekolah mereka lebih bersikap positif terhadap sekolah dan mempunyai tahap rasa kekitaan yang tinggi terhadap sekolah berbanding pelajar yang antibudaya sekolah. Oleh itu sewajarnyalah sistem pengaliran ini dikaji semula. Implikasi teoritikal dan praktikal turut dibincangkan. Selain itu, beberapa altematif untuk sistem pengaliran diberikan. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya turut dikemukakan.


Download File

[img] PDF
FPP_2001_7_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Conductive education - Study and teaching - Kuala Lumpur.
Call Number: FPP 2001 7
Chairman Supervisor: Professor Datin Sharifah Md. Nor, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 26 May 2011 08:33
Last Modified: 07 Jun 2012 06:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10949
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item