Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar perlu sumbang kepakaran dalam bidang perhutanan negara – Dato’ Razani.
| PDF 118Kb |
Abstract
SERDANG, 15 April– Pelajar digesa menyumbang keperluan dalam bidang perhutanan di negara ini untuk pembangunan sosio-ekonomi negara. Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Razani Ujang berkata ilmu dan kepakaran dalam bidang itu mampu menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negara bagi mengelakkan kemusnahan hutan sebagai habitat flora dan fauna, sumber air bersih dan perubahan iklim. “Hubungan dan kerjasama sektor dalaman serta agensi amat penting dalam meningkatkan keberkesanan perlaksanaan dan undang-undang dalam memelihara dan memajukan bidang perhutanan di negara ini,” katanya dalam program Distinguished UPM Alumni Lecture Series: Living the Serdang Story (DALS) Siri ke-4 bertajuk ‘New Insight in Forestry’ di sini. Katanya lagi, sebagai alumni Fakulti Perhutanan UPM kelas 1978, beliau menyeru agar graduan fakulti itu melibatkan diri secara aktif dalam bidang perhutanan bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan mampu menyumbang idea baru serta tenaga dalam bidang ini. DALS Siri Ke-4 merupakan program syarahan bersiri anjuran oleh Pusat Alumni dan Fakulti Perhutanan.
| Item Type: | UPM News |
|---|---|
| ID Code: | 10909 |
| Deposited By: | Anas Yahaya |
| Deposited On: | 17 Mar 2011 12:58 |
| Last Modified: | 09 Aug 2012 16:04 |
Repository Staff Only: item control page