Sarbini, Asriah (1999) Pola dan Faktor Penyebab Permasalahan Kanak-Kanak Awal Remaja. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
833Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan ke atas 350 sampel yang berumur 11 dan 12 tahun, (175 mewakili murid bandar dan 175 lagi mewakili murid luar bandar) yang sedang belajar di tahun 5 dan 6 sekolah rendah. Kajian yang bertujuan untuk mengesan pola permasalahan dan faktor penyebab masalah kanak-kanak tersebut menggunakan alat ukur Mooney Problem Check List (MPCL) yang mengandungi 220 item. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak awal remaja tersebut mengalami pelbagai masalah iaitu masalah berat dan masalah ringan dalam kesemua 11 kategori masalah dalam MPCL. Masalah berat utama yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut ialah masalah Penyesuaian Kerja, diikuti dengan masalah Moral Dan Agama, dan masalah Peribadi Psikologikal. Sementara masalah ringan utama yang mereka hadapi ialah masalah Peribadi Psikologikal, kedua masalah Sosial dan Hiburan, dan ketiga masalah Penyesuaian Kerja. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara masalah dengan umur yang
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Children - Malaysia - Psychological aspects |
| Chairman Supervisor: | Mizan Adiliah Bt Ahmad Ibrahim, PhD |
| Call Number: | FPP 1999 2 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 10800 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 25 May 2011 04:59 |
| Last Modified: | 28 Jul 2011 09:06 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 25 May 2011 04:59.
View statistics for "Pola dan Faktor Penyebab Permasalahan Kanak-Kanak Awal Remaja"