Keyword Search:

Penggunaan Media Elektronik Dalam Pengajaran Puisi di Peringkat Menengah Atas di Daerah -Sabak Bernam: Satu Tinjauan

Abd. Aziz, Abd. Rahman (1997) Penggunaan Media Elektronik Dalam Pengajaran Puisi di Peringkat Menengah Atas di Daerah -Sabak Bernam: Satu Tinjauan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
792Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan media elektronik dalam pengajaran puisi di kalangan guru-guru KM di sekolah menengah atas di daerah Sabak Bernam, di samping mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan penggunaan media elektronik dan pandangan guru mengenai keberkesanan penggunaan media elektronik dalam pengajaran puisi. Subjek kajian terdiri daripada 21 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu (KM) dari semua 9 buah sekolah menengah di daerah Sabak Bernam, Selangor yang menawarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Pengumpulan data telah dibuat dengan menggunakan soal selidik dan temubual. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik seperti kekerapan, peratusan, Korelasi Pearson dan point-biserial. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan media elektronik dalam pengajaran puisi masih lagi berada pada tahap yang rendah. Hal ini dipengaruhi oleh beberapa masalah seperti kekurangan bahan/perisian yang sesuai untuk pengajaran puisi, beban tugas lain di sekolah dan kekangan masa. Sungguhpun begitu, hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa faktor demografi seperti umur,pengalaman mengajar KM dan pendedahan kursus kurang mempengaruhi kekerapan penggunaan media elektronik dalam pengajaran puisi di daerah ini.

Item Type:Project Report
Subject:Malay literature - Study and teaching - Digital media - Case studies
Chairman Supervisor:Profesor Madya Hj. Naim Hj. Ahmad, EdD
Call Number:FPP 1997 2
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:10705
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:19 May 2011 14:03
Last Modified:25 Jul 2011 15:36

Repository Staff Only: Edit item detail