UPM Institutional Repository

Pendekatan multisektoral dalam perkhidmatan kerja sosial di Malaysia : satu penelitian awal dan implikasi terhadap pendidikan kerja sosial


Citation

Md. Noor, Amna and Abu Samah, Asnarulkhadi and Hamsan, Halimatusaadiah Hanina and Samsudin, Fadilla Wahidah (2011) Pendekatan multisektoral dalam perkhidmatan kerja sosial di Malaysia : satu penelitian awal dan implikasi terhadap pendidikan kerja sosial. In: International Seminar: Pendidikan Pekerjaan Sosial di Indonesia - Malaysia, 12-13 Jan. 2011, Bandung, Indonesia. . (Unpublished)

Abstract

Artikel ini merupakan satu penelitian awal mengenai pendekatan multisektoral dalam perkhidmatan kerja sosial di Malaysia. Dasar Sosial Negara (DSN) telah dilancarkan pada Ogos 2002. Merujuk kepada dua daripada objektif DSN iaitu, “Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial” dan “Menjana Sinergi Multisektoral”. Antara lain kedua–dua objektif ini membawa hasrat untuk memperkukuhkan sistem sokongan sosial yang sedia ada untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Semua sektor dalam sistem penyampaian sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukan mendapat pilihan perkhidmatan bermutu. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangkan dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan (Dasar Sosial Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2002). Di Malaysia terdapat dua sektor yang mendominasi praktis kerja sosial iaitu sektor kerajaan dan sektor badan bukan kerajaan (NGO‟s - Non government Organisation). Sektor kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dilihat sebagai peneraju dalam praktis kerja sosial ini, walau bagaimana pun terdapat agensi dan jabatan lain juga mempunyai praktis kerja sosial iaitu seperti Jabatan kesihatan, hospital, LPPKN, Infra, sekolah (Kementerian Pendidikan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, belia, FELDA/ FELCRA/ RISDA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan penjara, KEMAS, Jabatan kehakiman, Polis, Pusat Serenti, Jabatan Agama Islam dan sabah Foundation (Advancing Social Work Education, 2000, UNIMAS). Dalam sektor kerajaan statistik tahun 2006 menunjukkan terdapat lebih kurang 19,616 pekerja dalam skim perkhidmatan sosial (kategori "S") di dalam perkhidmatan awam di seluruh Malaysia. Sektor badan bukan kerajaan pula merupakan badan yang sekian lama memainkan peranan dalam kebajikan dan kesukarelaan yang tidak berdasarkan keuntungan. Di Malaysia sektor ini memainkan peranan yang begitu signifikan dalam kebajikan masyarakat. Kajian oleh Dr. Denison Jayasuria pada tahun 1994 mendapati di Lembah Kelang saja terdapat 41 badan bukan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada kumpulan kurang upaya. Beliau membincangkan mengenai organisasi, kumpulan sasaran dan pendekatan yang diambil oleh NGO‟s ini dalam aktiviti mereka. Perbincangan panel dalam satu bengkel kerja sosial menyatakan bahawa antara masalah yang dihadapi oleh badan bukan kerajaan antaranya ialah 1) Financial limitation increasing post and in offering realistic salaries, 2) The special skills of social workers are not recognized as relevant to managers within certain NGO’s whereas in reality they would be beneficial, 3) Perception of managers, sponsors and the public that special skills are not necessary in the field of caring for others. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menganalisa dan memantau perkhidmatan yang diberikan oleh badan-badan bukan kerajaan ini bagi memastikan kesejahteraan masyarakat yang menjadi matlamat penubuhannya dapat dicapai. Di samping itu pengetahuan dari analisis yang dilakukan dapat melengkapi kurikulum pendidikan kerja sosial.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Social workers - Malaysia
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 15 Mar 2011 11:33
Last Modified: 22 Jan 2015 06:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10640
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item