Dua Pensyarah UPM Menang Anugerah MAPIM 2010

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Dua Pensyarah UPM Menang Anugerah MAPIM 2010. (Unpublished)

[img] PDF
79Kb

Abstract

KUALA LUMPUR, 24 April – Dua pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul Anugerah MAPIM kategori Makalah Jurnal Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial pada Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM 2010) di sini baru-baru ini. Prof. Madya Dr. Steven Eric Krauss dan Dr. Ismi Arif Ismail, kedua-duanya dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ab. Rahim Md Noor bernilai RM7,000. Jurnal bertajuk ‘PhD Students’ Experiences of Thesis Supervision: ‘Management’ as Acceprance and Strategy for Action’ diterbitkan di dalam jurnal Pertanika Journal of Social AScience & Humanities terbitan Penerbit UPM. Dr. Ismi Arif berkata makalah yang ditulis berdasarkan penyelidikan yang dijalankan selama setahun itu memuatkan pengalaman yang dilalui pelajar siswazah dalam menguruskan hubungan penyeliaan PhD mereka. “Maklumat tentang proses dan strategi memberi manfaat dan panduan kepada pelajar siswazah dan penyelia dalam memainkan peranan masing-masing secara sistematik dan beretika bagi memastikan kelangsungan hubungan penyeliaan yang intim ini berjalan secara profesional dan penuh hikmah. “Justeru kami menjalankan kajian dengan menemubual dan mengadakan perbincangan kumpulan berfokus kepada 18 pelajar PhD dari pelbagai bidang mengenai pengurusan ‘hubungan penyeliaan’ dan penyelia masing-masing,” ujarnya. Sementara itu Dr. Steven berkata, penulisan itu diiktiraf oleh sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu dan selamat dari ‘diskriminasi intelektual’ sesetengah pihak yang terlalu menuntut keseragaman sehingga sukar menghargai keunikan sumbangan sesuatu makalah. Anugerah MAPIM kategori makalah jurnal terbaik terbahagi kepada dua kategori iaitu bidang sains, teknologi dan perubatan serta bidang kemanusiaan dan sains sosial. Pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ab. Rahim Md Noor turut melancarkan 34 buah buku terbitan terkini anggota MAPIM termasuk oleh Penerbit UPM iaitu Amalan Protokol & Etiket hasil tulisan Mokhtar Tohar dan Direktori Bunga Wangi oleh Badrain Ibrahim dan Robi Saad. Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik.MAPIM mula diadakan pada 21 Februari 2008 dan kini menjadi program tahunan.

Item Type:UPM News
ID Code:10604
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:16 May 2011 04:49
Last Modified:27 May 2013 07:46

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 16 May 2011 04:49.

View statistics for "Dua Pensyarah UPM Menang Anugerah MAPIM 2010"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.