Kajian ke Atas Logam Berat dalam Tanah dan Tisu Koko

Osman, Rozita (2002) Kajian ke Atas Logam Berat dalam Tanah dan Tisu Koko. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img]PDF
2720Kb

Abstract

Terdapat laporan kehadiran logam berat seperti Cd, Cu, As dan Pb yang agak tinggi dalam biji koko dan hasilannya. Namun tiada bukti menunjukkan pencemaran logam berat berlaku semasa pemprosesan biji koko, pengangkutan atau penyimpanan. Ini mungkin disebabkan kehadirannya melalui pengambilan oleh tanaman daripada tanah. Pengurnpulan logarn berat dalam tanah dan tisu boleh hadir secara sernulajadi dalarn tanah serna sa proses luluhawa ataupun melalui amalan kultura dan pengurusan yang dijalankan dalarn sistem perladangan. Kajian logarn berat dalarn tanah dan tisu koko di Malaysia belurn dijalankan dengan rneluas. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan dengan objektif utamanya untuk menentukan kepekatan logam berat dalam tanah dan tisu koko bagi tanah yang terbentuk daripada aluviurn dan andesit. Manakala objektif khususnya adalah untuk menentukan i) kepekatan Cd, Cu, Ni, Pb dan Zn dalarn tanah yang ditanarn dengan koko, ii) kaitan di antara pembolehubah tanah dengan kepekatan logam berat dalam tanah, iii) kebolehan tanah untuk menjerap Cd, Zn dan P dan iv) bentuk-bentuk Cd dan Zn dalam tanah. Kajian pertama melibatkan tujuh siri tanah yang terbentuk daripada aluvium (Briah, Gong Chenak, Serok, Jawa, Sejacob, Kampung Pusu dan Tok Yong) dan tiga sirl tanah yang terbentuk daripada andesit (Benta, Segamat dan Katong). Kepekatan Cd, Cu dan Ni dalam tanah yang terbentuk daripada andesit lebih tinggi daripada nilai yang dilaporkan bagi tanah di Malaysia. Secara amnya, tanah yang terbentuk daripada tanah volkanik basik (andesit) mengandungi logam berat yang lebih tinggi berbanding dengan aluvium pada kedalaman 0-20 sm kecuali bagi Pb. Kandungan logam berat jumlah (N􀂊 Pb dan Zn) berkorelasi dengan pH, Cd dan Zn dengan EC, Cu dan Zn dengan KPK, Cd dengan karbon organik, Cd, Cu, Ni dan Zn dengan lempung, Cd, Pb dan Zn terekstrak dengan P tersedia. Korelasi di antara Cd, Pb dan Zn terekstrak dengan P tersedia menunjukkan penambahannya dalam tanah melalui pembajaan batuan fosfat. Analisis regresi berbilang juga menuoJukkan bahawa pembolehubah tanah menjadi faktor penyumbang yang besar mempengaruhi kepekatan logam berat dalam tanah, terutamanya, lempung.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Heavy metals - Cocoa - Case studies
Chairman Supervisor:Dr. Che Fauziah Ishak
Call Number:FP 2002 13
Faculty or Institute:Faculty of Agriculture
ID Code:10589
Deposited By:Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:04 May 2011 16:17
Last Modified:04 May 2011 16:18

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.