UPM Institutional Repository

11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) 11 tenaga akademik UPM terima anugerah MGAP. [UPM News] (Unpublished)

Abstract

SERDANG, 5 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pengiktirafan kepada 11 staf akademiknya yang cemerlang dalam perkhidmatan pengajaran, penyelidikan dan perundingan pada Majlis Gemilang Anugerah Putra (MGAP) 2010. Anugerah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Pengajaran Putra, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi dan Anugerah Perundingan. Penerima berkenaan ialah Prof. Dato’ Dr. Mohamed Sharif Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan dan Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima Anugerah Pengajar Cemerlang Kelompok Sains Sosial, Sains Sosial Gunaan, Sastera dan Sastera Gunaan. Selain itu, Prof. Madya Dr. Goh Yong Meng dari Fakulti Veterinar pula menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Tulen dan Kesihatan manakala Dr. Harlisya Harun dari Fakulti Kejuruteraan menerima Anugerah Pengajar Muda Kelompok Sains Gunaan dan Kejuruteraan. Penerima lain ialah Prof Madya Dr. Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains dan teknologi), Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Baharumshah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Anugerah Penyelidik Cemerlang Kelompok Sains Sosial dan Kemanusiaan), Prof Madya Dr. Alyani Ismail dari Fakulti Kejuruteraan (Anugerah Penyelidik Muda Kelompok Sains dan Teknologi) dan Prof. Madya Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan). Turut menerima anugerah ialah Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan dari Fakulti Kejuruteraan yang menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Pertama ekoran kejayaannya menarik pelaburan daripada pelanggan sebanyak RM1.1 juta sepanjang tahun lalu. Anugerah Perunding Cemerlang Tempat Kedua pula dimenangi oleh Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir. Dr. Mohd Salleh Jaafar yang berjaya menarik pelaburan bernilai RM739 ribu, manakala Prof. Dr. Mohd Razi Ismail daripada Institut Pertanian Tropika, menerima Anugerah Perunding Cemerlang Tempat ketiga selepas menerima bayaran daripada pelanggan sebanyak RM650 ribu. Anugerah disampaikan oleh Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam ucapan menjunjung kasih berkata, pengiktirafan itu diharap memberi semangat kepada staf akademik untuk meningkatkan sumbangan kepada universiti menerusi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. “Universiti menggalakkan ahli akademik dan profesionalnya menyumbang sesuatu kepada negara, komuniti dan sektor industri. “Pemenang Anugerah Pengajar Putra dipilih bagi mewakili UPM sebagai calon Anugerah Akademik Negara yang akan dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada setiap tahun,” katanya.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 11 May 2011 02:07
Last Modified: 01 Aug 2012 06:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10572
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item