Keyword Search:

81 Pelajar UPM Bersihkan Kurungan Haiwan di Zoo Negara

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) 81 Pelajar UPM Bersihkan Kurungan Haiwan di Zoo Negara.

[img] PDF
116Kb

Abstract

SERDANG, 27 Feb - Seramai 81 pelajar Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS), UPM telah membersihkan beberapa kawasan kurungan haiwan di Zoo Negara untuk menghargai kepentingan memelihara hidupan liar. Presiden Persatuan Mahasiswa FPAS, Ahmad Bukhari A. Rahim berkata program yang julung kali itu memberi peluang kepada pelajar mempelajari perkara baharu terutamanya habitat hidupan liar, cara pembersihan kawasan kurungan haiwan dengan betul serta menghargai alam sekitar. Pembersihan kawasan kurungan mengambil masa hampir lapan jam serta kawasan kurungan yang dibersihkan telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Zoo Negara antaranya kurungan orang utan, savannah, alam mamalia, taman rusa, rumah burung, pondok ungka, singa dan harimau. Menurutnya, aktiviti itu juga merapatkan silaturahim antara pelajar junior dan senior FPAS serta menarik minat pelajar untuk menjadi sukarelawan. “Sejak saya menjadi sukarelawan Zoo Negara, tercetus idea untuk membawa pelajar FPAS untuk melakukan aktiviti di sini.” katanya. Beliau berkata selain pembersihan kurungan, pelajar UPM juga turut mengadakan pameran poster alam sekitar serta penjualan t shirt dan bekas makanan kepada pengunjung zoo di mana hasil penjualan akan disumbangkan kepada Zoo Negara. Sementara itu, peserta sukarelawan, Mohd Amirul Bakhrin Mohd Lazim berkata aktiviti itu memberikan manfaat kepada pelajar universiti untuk melakukan aktiviti yang berfaedah di luar kampus. “Aktiviti seperti ini memberikan pengalaman baharu mengenai hidupan liar. Selain itu, saya dapat memasuki kawasan larangan zoo untuk membersihkan kurungan haiwan liar,” katanya.

Item Type:UPM News
ID Code:10555
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:09 Mar 2011 17:26
Last Modified:27 May 2013 15:46

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Mar 2011 17:26.

View statistics for "81 Pelajar UPM Bersihkan Kurungan Haiwan di Zoo Negara"