UPM Institutional Repository

UPM juara Konvensyen KIK IPTA kategori Pengurusan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM juara Konvensyen KIK IPTA kategori Pengurusan. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 4 Mac- Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul johan pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ketujuh bagi kategori Pengurusan yang diadakan di UPM, baru-baru ini. UPM yang diwakili kumpulan BEST dari Pejabat Pendaftar UPM menghasilkan projek bertajuk 'Pegawai Menghadiri Latihan Tidak Relevan dengan Kemahiran yang Diperlukan’. Hasil inovasi projek itu menyaksikan ‘Sistem Pengurusan Latihan’ telah dicipta dan mendapat pengiktirafan di peringkat IPTA. Ketua kumpulan, Norman Azlan Osman berkata, sistem yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan kaedah bersistematik untuk mengenal pasti latihan yang diberikan kepada staf relevan dengan kemahiran yang diperlukan atau sebaliknya. “Kalau kita perhatikan masih ramai staf di UPM yang pergi kursus atau latihan tidak mengikut kemahiran atau keperluan yang diperlukan. Jadi kita bangunkan satu sistem yang dapat mengatasi masalah ini. “Melalui sistem ini penyelia akan mengenal pasti tugas staf mereka dan kemahiran yang diperlukan sebelum menghadiri sesuatu kursus atau latihan,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup konvensyen itu di sini. Menurutnya, sistem yang dibangunkan atas kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM (I-DEC) itu dijangka akan digunakan secara meluas di UPM dalam masa terdekat bagi menggalakkan penyertaan kursus mengikut keperluan staf. Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar (tengah) bersama johan Konvensyen KIK IPTA kategori Pengurusan, Kumpulan BEST Kumpulan itu turut dianggotai oleh Norhanisah Sadun, Redzuan Zamberi, Roziah Hanum Ramli, Noraizan Husin, Zuyati Yahaya, Hendrik Mulyady Samian, Fazreena Ali Napiah Diyana Paimon, Siti Nur Ain Isa. Rafidah Sadarudin yang bertindak sebagai fasilitator kumpulan itu turut dinobat sebagai penerima Anugerah Fasilitator Terbaik pada konvensyen KIK kali ini. Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000, plak dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar. Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor. Satu lagi kumpulan yang mewakili UPM iaitu V-Care dengan projek ‘Kadar Kematian Ikan yang Tinggi Selepas Dimasukkan dalam Akuarium di Unit Kesihatan Haiwan Akuatik’ menerima Anugerah Inovasi Terbaik bagi kategori Teknikal. Terdahulu, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar dalam ucapannya berkata, konvensyen KIK merupakan satu platform terbaik kepada IPTA mengetengahkan projek inovasi dan menterjemah amalan peningkatan kualiti untuk perkongsian bersama. “Usaha dalam KIK ini bukan sahaja dapat menyelesaikan pelbagai masalah di institusi malah memberi memberi peningkatan dalam pembangunan modal insan, menggalakkan budaya kerja kreatif dan membina semangat kerja berpasukan,” katanya. Sementara itu, mengulas kemenangan kumpulan UPM, Dato’ Wan Azman berkata, ia adalah hasil usaha gigih setiap ahli kumpulan yang membuat persiapan secara menyeluruh dan terperinci. "Mereka telah berusaha dengan gigih untuk memikirkan sesuatu perkara yang boleh memberi impak berguna kepada warga universiti serta meningkatkan kepuasan pelanggan,” katanya sambil menyifatkan kemenangan itu mencetus semangat kepada kumpulan KIK lain di UPM untuk menghasilkan produk inovasi. Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ketujuh yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac lalu menyaksikan seramai 39 kumpulan daripada 20 IPTA berentap dalam dua kategori iaitu Pengurusan dan Teknikal. Program itu bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif dalam kalangan anggota Perkhidmatan Awam menyelesaikan masalah dalam organisasi untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pelangan. Kali terakhir UPM memenangi konvensyen KIK peringkat IPTA adalah pada tahun 2009 melalui kumpulan Smart Reg-O dalam kategori Pengurusan yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_juara_Konvensyen_KIK_IPTA_kategori_Pengurusan.pdf

Download (161kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 08 Mar 2011 06:50
Last Modified: 27 May 2013 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10498
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item