Rekabentuk Sistem Pendaftaran Berasaskan Faksimili

Syed Mohamed, Syed Abdul Rahman Al-Haddad (2000) Rekabentuk Sistem Pendaftaran Berasaskan Faksimili. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
708Kb

Abstract

Rekabentuk Sistem Pendaftaran Berasaskan Faksimili adalah satu kajian yang dibangunkan bagi mengatasi masalah bebanan kerja, batasan waktu kerja melayan pelanggan dan ruang tempat untuk berurusan. Tumpuan diberikan kepada pendaftaran kerana penggunaannya amat meluas di mana-mana terutamanya di sektor kerajaan seperti universiti yang terlibat dengan pendaftaran masuk pelajar ke universiti, pendaftaran semester baru, pendaftaran seminar dan lain-lain lagi. Sistem ini secara umumnya melibatkan pengautomasian pejabat (bagi membolehkan kerja-kerja dilakukan oleh mesin). Di dalam pengautomasian pejabat pemprosesan dokumen adalah elemen yang penting. Pemprosesan dokumen bermula dengan fasa pengecaman aksara pintar bagi membolehkan data dibaca dari dokumen faksimili yang diterima. Bagi pengecaman aksara pintar perisian Teleform digunakan untuk membangunkan Sistem Pemprosesan Dokumen ini. Apabila data telah dicerap ianya dikategorikan dan diletakkan di dalam satu fail teks dengan menggunakan kaedah nilai diasingkan dengan koma. Untuk memastikan bahawa hampir semua kerja dilakukan oleh mesin konsep pengintegrasian komputer dan telefon digunakan. Ini adalah bagi membolehkan kedua-kedua komponen itu bekerjasama bagi menghapuskan masalah dari segi masa dan sempadan geografi. Cara pengintegrasian ini dilakukan dengan mengujudkan satu sistem yang mampu berinteraksi dengan pelanggan melalui telefon dan sistem ini juga berhubung dengan pangkalan data untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh pelanggan melalui Sistem Faksimili Atas Permintaan (SFAP). Di samping itu juga digunakan FaxltBack sebagai laluan bagi faksimili. Kaedah aliran kerja digunakan u ntuk melihatkan bagaimana sistem ini bergerak secara teratur mengikut langkah demi langkah yang melibatkan ketiga-tiga sistem iaitu Sistem Pemprosesan Dokumen, Sistem Faksimili Atas Permintaan dan Sistem Maklumat Bersepadu. Hasil dari pembentukan sistem ini didapati bahawa Sistem Pemprosesan Dokumen dapat menyediakan borang berformat, pencerapan data dan melakukan pengecaman aksara pintar dengan anggaran ketepatan sebanyak 75 peratus. Ketiga-tiga sistem tersebut mampu dijalankan secara tidak serentak dan menghadapi keadaan kaku apabila ketiga-tiga dihidupkan serentak. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kekurangan ingatan capaian rawak (RAM) dan pelabuhan komunikasi (com port).

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Facsimilies
Subject:Documentation
Chairman Supervisor:Abdul Rahman Ramli, PhD
Call Number:FK 2000 17
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:10481
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:23 Apr 2011 01:42
Last Modified:22 Jul 2011 04:14

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Apr 2011 01:42.

View statistics for "Rekabentuk Sistem Pendaftaran Berasaskan Faksimili"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.