UPM Institutional Repository

UPM diseru tangani isu alam sekitar


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM diseru tangani isu alam sekitar. [UPM News] (Unpublished)

Abstract

SERDANG, 22 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) diseru memainkan peranan menangani isu pencemaran alam sekitar yang menjejaskan biodiversiti hidupan liar. Profesor Jabatan Biologi, Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata pemuliharaan biodiversiti dan pencemaran kimia harus ditangani kerana perlindungan habitat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan pemuliharaan hidupan liar. “Perlindungan berterusan dan cadangan pemuliharaan hutan harus diperkukuhkan dengan melakukan pemantauan terhadap ekosistem dan biodiversiti tempatan, melakukan kajian tentang organisma di habitat tertentu serta meningkatkan keupayaan dalam sistem pengurusan dan pembiayaan. “Perubahan iklim dan isu pemanasan global pula harus ditangani dengan mempertahankan peratusan kawasan hijau, mengurangkan gas rumah kaca serta memahami biologi dan ekologi biodiversiti tempatan dan ekosistem,” katanya dalam Siri Syarahan Inaugural bertajuk ‘Coastal Biodiversity and Polution’ di sini. Turut menghadiri Inaugural beliau ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris; Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Fauzi Ramlan dan Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz. Prof. Dr. Ahmad berkata kesedaran pendidikan dan sokongan pihak berkuasa dan masyarakat perlu dianggap serius bagi menangani isu alam sekitar dan biodiversiti agar pencemaran tidak berlaku. Biodiversiti merupakan kepelbagaian hidupan yang dapat dibahagikan kepada biologi iaitu gen, spesis tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma serta ekosistem dan proses ekologi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_diseru_tangani_isu_alam_sekitar.pdf

Download (65kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 27 Apr 2011 05:03
Last Modified: 27 May 2013 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10447
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item