Ab. Ghaffar, Mohamad Bahagia (1997) Kepelbagaian dan Pewarisan Genetik Sifat Kandungan Pemakanan Ubi Keledek (Ipomoea Batatas (L) Lam.). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 660Kb |
Abstract
Kandungan pemakanan sebanyak 198 aksesi keledek dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan AVRDC telah diana lisa menggunakan NIRS. Semua sifat pemakanan yang dikaji menunjukkan nilai CV melebihi 20 % kecuali kanji (6.7%) dan berat kering (12.1%). Nilai purata bagi semua kandungan pemakanan adalah hampir sama dengan nilai yang pernah dilaporkan oleh para penyelidik seluruh dunia ia itu 21.9% (berat kering), 74.8% (kanji), 3.5% (protein), 14.4% (gula), 3.1% (gentian) dan 1.4% (abu). Kajian juga menunjukkan aksesi keledek dari Kel antan dan Terengganu mempunyai nilai kandungan pemakanan yang harnpir sarna dari segi purata dan julat kandungan pernakanan. Kernungkinan ia terdiri dari keledek yang sama. Analisis peminimum varian Ward telah memisahkan 198 aksesi keledek tersebut kepada 5 kumpulan. Kumpulan 2 adalah kumpulan terbanyak yang mengandungi 112 aksesi dan menunjukkan nilai kandungan pemakanan yang sederhana. Kumpulan 5 pula adalah kumpulan terkecil yang hanya mengandungi 6 aksesi sahaja. la mempunyai kandungan kanji yang melebihi 85%. Kumpulan 4 pula adalah kumpulan yang mempunyai nilai kandungan pemakanan yang terbaik. Sementara kumpulan 3 mempunyai nilai kandungan pemakanan yang paling rendah. Keputusan analisis ini menunjukkan kebanyakan varieti keledek yang ditanam oleh petani amnya di Malaysia mempunyai kualiti pemakanan yang agak rendah. Ini menunjukkan sifat pemakanan tidak diberi perhatian oleh petani dalam pemilihan varieti yang akan ditanam.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Sweet potatoes |
| Subject: | Potatoes - Genetics |
| Chairman Supervisor: | Dr. Mohd Said Saad |
| Call Number: | FP 1997 18 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 10410 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 08 Apr 2011 10:43 |
| Last Modified: | 08 Apr 2011 10:48 |
Repository Staff Only: item control page