UPM Institutional Repository

Keberkesanan Batuan Fosfat ke Atas Tanaman Jagung Manis (Zea Mays Var. Manis Madu Kuning)


Citation

Jantan, Borhan (1992) Keberkesanan Batuan Fosfat ke Atas Tanaman Jagung Manis (Zea Mays Var. Manis Madu Kuning). Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Satu penyelidikan ladang telah dijalankan ke atas tanah siri Serdang (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan dua jenis baja batuan fosfat (PR) ke atas tanaman jagung manis (Zea mays var. Manis madu kuning). Batllan fosfat tersebut ialah Fosfat Semulajadi North Carolina (NCNP) dan Batllan Fosfat China (CPR) dibandingkan dengan Superfosfat Tripel (TSP). Kadar P yang diuji ialah 25, 50, 100 dan 200 kg P ha-1. Kajian 3 sumber P (NCNP, CPR, TSP) x 4 kadar P (25, 50, 100, 200 kg P ha-1) berfaktorial disusun menggunakan Rekabentuk Rawak Blok Lengkap dengan 4 replikasi dan rawatan kawalan (0 kg P ha-1) disertakan juga. Kajian ini meliputi dua musim penanaman iaitu semua rawatan dan pengurusan diulang semasa penanaman Jagung 2. Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis baja P adalah setanding dalam menghasilkan bilangan tongkol yang boleh dipasarkan dan juga berat basah tongkol jagung tersebut pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2. Manakala jumlah berat kering pokok jagung (bahagian atas tanpa tongkol) ialah TSP > NCNP ~ CPR pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2. Kepekatan nutrien dalam tisu i ndeks bagi N, P, K, Ca, Fe, Cu dan Zn adalah mencukupi dan tidak berbeza di an tara rawatan baja tersebut kecuali Mg terdapat kekurangan pada Jagung 1 dan Jagung 2 dan Cu pada Jagung 1. Dalam pengambilan unsur N, P, K, Ca, Fe dan Mn oleh pokok jagung (bahagian atas tanpa tongkol) adalah baja TSP > NCNP ~ CPR pada Jagung 1 tapi pada Jagung 2 hanya un sur N, P, Mg dan Mn sahaja. Sementara pengambilan unsurunsur lain adalah tidak berbeza bagi ketiga-tiga jenis baja sama ada Jagung 1 atau Jagung 2.


Download File

[img] PDF
FP_1993_1_A.pdf

Download (919kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sweet corn
Call Number: FP 1993 1
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Hajjah Zaharah Abdul Rahman
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 22 Mar 2011 09:04
Last Modified: 12 Sep 2011 03:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10331
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item