Strategi Pembelajaran Ayat Transformasi Satu Dasar

Mohamad Noor, Supian (2003) Strategi Pembelajaran Ayat Transformasi Satu Dasar. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2131Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari ayat transformasi satu dasar. Data-data berkaitan dengan strategi yang digunakan oleh pelajar diperoleh melalui soal selidik, temu duga, pemerhatian, ujian, dan penyuaraan fikiran spontan. Data-data lisan dalam temu duga dan penyuaraan fikiran spontan serta data-data melalui pemerhatian dieatat dalam bentuk bilangan penggunaan. Strategi-strategi pembelajaran bahasa yang dijadikan panduan dalam kajian ini dipetik daripada strategi-strategi yang diperkenalkan oleh Oxford (1990). Strategi-strategi yang dipetik dan diubahsuai daripada Oxford itu ialah enam strategi utama yang dikenali sebagai strategi memori, kognitif, kompensasi, metakognitif, afektif, dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek kajian ini memang menggunakan keenam-enam strategi seperti yang dinyatakan oleh Oxford (1990). Dua strategi utama yang digunakan ialah strategi kognitif dan strategi memori. Sementara itu, strategi yang agak sederhana penggunaannya ialah strategi metakognitif. Strategi afektif, sosial, dan kompensasi digunakan juga, tetapi jumlahnya agak terhad. Sebanyak 27 komponen strategi daripada enam strategi utama telah digunakan. Selain itu, dua jenis strategi bam didapati diamalkan oleh subjek kajian. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan, yakni peningkatan penggunaan strategi apabila subjek kajian diberi latihan strategi tentang ayat transformasi satu dasar secara terancang berbanding dengan ketiadaan latihan secara terancang. Dapatan kajian ini membantu guru-guru untuk memanfaatkan strategi yang selalu digunakan oleh pelajar agar pembelajaran isi pelajaran lebih mudah berlaku. Seterusnya, panduan tentang pengajaran ayat yang dicadangkan dalam kajian ini dapat dipraktikkan agar pengajaran dan pembelajaran ayat transformasi satu dasar khasnya dan bahagian-bahagian sintaksis yang lain umumnya lebih berkesan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Language and languages - Study and teaching
Chairman Supervisor:Associate Professor Shameem Mohd Rafik Khan, PhD
Call Number:FBMK 2003 18
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10316
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:22 Mar 2011 02:18
Last Modified:22 Mar 2011 02:19

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 22 Mar 2011 02:18.

View statistics for "Strategi Pembelajaran Ayat Transformasi Satu Dasar"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.