UPM Institutional Repository

Perkembangan Teori dan Pendekatan Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu Dekad 80-An - 90-An


Citation

Hassan, Shokeri (2003) Perkembangan Teori dan Pendekatan Kritikan Dalam Kesusasteraan Melayu Dekad 80-An - 90-An. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap esei kritikan sastera Melayu sepanjang dekad 80-an hingga 90-an. Tujuan utamanya untuk mengenal pasti kuantiti, kualiti, genre, pengkritik dan pendekatan yang digunakan sepanjang kedua-dua dekad tersebut. Semua esei kritikan yang dipilih telah dianalisis berdasarkan kaedah kuantitati dan kualitatif. Analisis kualitatif dibahagikan kepada tiga aspek iaitu berdasarkan penggunaan genre, pendekatan dan pengkritik yang terlibat bagi kedua-dua dekad berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa genre novel paling mendapat tempat dalam kedua-dua dekad tersebut; diikuti oleh puisi dan cerpen dengan jumlah yang hampir sarna; paling sedikit ialah genre drama. Pendekatan formalistik, telah mendominasi esei kritikan dalam kedua-dua dekad berkenaan. Namun begitu, dari segi kualiti didapati lebih krang 9% sahaja dari esei kritikan yang dihasilkan dalam kedua-dua dekad berkenaan dianggap menepati ciri, tugas dan fungsi kritikan. Esei-esei tersebut dihasilkan oleh beberapa orang tokoh pengkritik seperti Umar Junus, Rahman Shaan, Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Mana Sikana dan Ramli Isin bagi dekad 80-an; manakala tokoh dekad 90-an pula terdiri daripada Othman Puteh, Rahman Shaari, Rosnah Baharuddin, Ramli Isin, Ungku Maimunah Mohd Tahir, Sohaimi Abdul Aziz dan Lutfi Abas. Perkara paling menarik yang berlaku dalam dekad 90-an ialah percubaan memperkembang penggunaan teori dan pendekatan seperti estetika, intertek, semiotik dan kelahiran teori tempatan seperti takmilah, teksdealisme, dan pengkaedahan Melayu telah mula memperlihatkan bibit-bibit perkembangannya dalam sastera Melayu dekad 90-an.


Download File

[img] Text
FBMK_2003_15.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay literature - History and criticism
Call Number: FBMK 2003 15
Chairman Supervisor: Mohd. Kasim Bin Ismail
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 22 Mar 2011 02:06
Last Modified: 26 Mar 2024 06:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10311
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item