UPM menang 4 emas dan Best Award MTE (Turut menang 20 Perak, 12 Gangsa dan The Most Informative Booth)

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM menang 4 emas dan Best Award MTE (Turut menang 20 Perak, 12 Gangsa dan The Most Informative Booth).

[img] PDF
109Kb

Abstract

KUALA LUMPUR, 25 Feb. - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi empat pingat emas, dua puluh perak dan dua belas gangsa pada Malaysia Technology Expo (MTE 2011) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Februari lalu. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Siti Mazlina Mustapa Kamal bukan sahaja memenangi pingat emas malah turut menerima ‘The Best Award’ dengan produk An automated blender – cooker for paste making. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar turut dianugerahkan pingat emas dengan produk MyOBE (Outcome Based Education Management System). Dua lagi penerima pingat emas ialah pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat dengan produk F3D (Automated Generated 3D Reconstruction of Coronary Artery Tree in Angiogram Images) dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Dr. Siti Aslina Hussain dengan produk Artificial Blood Conduit (Artificial Conduit for Coronary Heart Diseases). Selain itu, UPM juga turut memenangi anugerah ‘The Most Informative Booth’ melalui lot pameran yang diselenggarakan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Pada MTE tahun lalu, UPM memenangi satu emas, sebelas perak dan lima belas gangsa di dalam MTE yang telah diadakan pada tahun yang lepas.

Item Type:UPM News
ID Code:10188
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:28 Feb 2011 09:17
Last Modified:27 May 2013 07:45

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Feb 2011 09:17.

View statistics for "UPM menang 4 emas dan Best Award MTE (Turut menang 20 Perak, 12 Gangsa dan The Most Informative Booth) "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.