Menangani Karya Sasterawan Negara A. Samad Said: Pengalaman dan Profesionalisme Editor

Ishak, Mohamad Yussop (2001) Menangani Karya Sasterawan Negara A. Samad Said: Pengalaman dan Profesionalisme Editor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
515Kb

Abstract

Tesis ini merupakan kajian pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor buku sastera yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak tahun 1990 dan mengkhusus pada pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor yang menangani penerbitan karya Sasterawan Negara A. Samad Said, iaitu Lantai T. Pinkie dan Warkah Eropah. Kajian ini juga memperlihatkan kerenah A. Samad Said sebagai pengkarya dan kerenah birokrasi yang menerbitkan kedua-dua karya A. Samad Said itu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman merupakan elemen yang paling penting dalam sesuatu bidang pekerjaan, khususnya dalam penerbitan buku. Pengalaman juga berupaya meningkatkan tahap profesionalisme editor. Kedua-dua elemen yang bergabung pada diri seseorang editor akan mengupayakan editor membuat keputusan yang tepat, sesekali "melanggar" aturan birokrasi untuk memberi kebaikan kepada penulis dan juga organisasi. Kajian ini juga membuktikan bahawa penu lis kreatif yang mencapai tahap mutu penulisan yang tinggi mempunyai kerenah yang kadang-kadang dimunculkan oleh birokrasi. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah yang timbul, kaedah yang tidak mengikut peraturan organisasi terpaksa dilakukan. Ini menunjukkan bahawa mengurus manusia seni harus mempunyai kaedah yang membebaskannya daripada segala aturan birokrasi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay literature
Chairman Supervisor:Dr. Ramli Isin
Call Number:FBMK 2001 14
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10140
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:10 Mar 2011 02:52
Last Modified:10 Mar 2011 02:53

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Mar 2011 02:52.

View statistics for "Menangani Karya Sasterawan Negara A. Samad Said: Pengalaman dan Profesionalisme Editor"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.