Keyword Search:

Pemilihan Ciri-Ciri Reka Bentuk Kemudahan Perkelahan oleh Pengguna Hutan Rekreasi di Negeri Selangor

Abdullah, Azamil (2002) Pemilihan Ciri-Ciri Reka Bentuk Kemudahan Perkelahan oleh Pengguna Hutan Rekreasi di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1188Kb

Abstract

Pertimbangan dan keperluan pengunjung di hutan rekreasi terhadap aspek reka bentuk seperti, wama, bahan, jenis reka bentuk, saiz, corak, keselarnatan dan berfungsi akan menghasilkan reka bentuk kemudahan yang 'mesra pengguna'. Kajian ini adalah mengenai ciri-ciri reka bentuk kemudahan perkelahan yang dipilih oleh pengguna di hutan rekreasi. Objektif khusus dalarn kajian ini adalah untuk: 1) mengenal pasti pilihan pengguna terhadap ciri-ciri reka bentuk kemudahan mengikut aturan pilihan ciri-ciri reka bentuk; 2) menentukan sarna ada wujud atau tidak perbezaan pilihan terhadap ciriciri reka bentuk kemudahan berdasarkan faktor ciri-ciri latar belakang pengguna; 3) mencari perkaitan dan hubungan pemilihan ciri-ciri reka bentuk bagi setiap kemudahan dan antara dua kemudahan yang berbeza; 4) mengenal pasti pengaruh latar belakang pengunjung terhadap pemilihan ciri-ciri reka bentuk kemudahan; dan 5) menyediakan garis panduan reka bentuk kemudahan bagi aktiviti perkelahan di hutan rekreasi berdasarkan kehendak pengguna. Enam kemudahan telah dipilih sebagai kemudahan utama aktiviti perkelahan untuk kajian ini iaitu wakaf, set meja berkelah, tempat duduk, papan tanda, laluan pejalan kaki dan tong sampah. Maklumat ciri-ciri reka bentuk dikumpulkan melalui borang soal selidik di tiga kawasan hutan rekreasi yang popular di Selangor iaitu, Hutan Lipur Sungai Tekala, Hutan Lipur Sungai Chongkak dan Hutan Lipur Taman Rimba Ampang. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan Program Statistical Package for Social Science (SPSS).

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Picnic grounds - Public use - Selangor - Case studies
Subject:Recreation areas - Selangor - Case studies
Chairman Supervisor:Wan Sabri Wan Mansor, PhD
Call Number:FH 2002 12
Faculty or Institute:Faculty of Forestry
ID Code:10106
Deposited By: kmportal
Deposited On:09 Mar 2011 04:46
Last Modified:09 Mar 2011 04:48

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Mar 2011 04:46.

View statistics for "Pemilihan Ciri-Ciri Reka Bentuk Kemudahan Perkelahan oleh Pengguna Hutan Rekreasi di Negeri Selangor"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.