Abd. Wahab, Haris (1996) Penglibatan Peserta dalam Program Pembangunan Komuniti di Kampung Buloh, Kelantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
849Kb |
Abstract
Kajian ini meneliti masalah penglibatan peserta dalam Program Pembangunan Manusia Asas Kampung (PMAK) yang dilaksanakan di Kampung Buloh, Kelantan. Penglibatan ini dianalisis dari aspek membuat keputusan, melaksanakan rancangan, berkongsi manafaat dan penilaian aktiviti. Program PMAK di Kelantan telah dilancarkan untuk pelaksanaan pada tahun 1990. Kajian yang dilakukan di Negeri Kelantan ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dalam angkubah yang dipilih dari segi penglibatan peserta dalam Program PMAK. Kaedah tinjauan telah digunakan. Borang soal selidik yang telah diuji, digunakan ke atas 110 responden. Maklumat juga diperolehi melalui temubual tak formal, pemerhatian langsung dan rekod pejabat. Data di analisis dengan komputer menggunakan pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Peserta Program PMAK di kawasan kajian di dapati hampir seragam dari segi taraf sosio-ekonomi dan demografi. Pelaksanaan Program PMAK telah membantu meningkatkan pendapatan peserta dan penduduk kampung yang lain. Kebanyakan peserta mempunyai pengetahuan sederhana tentang Program PMAK. Begitu juga dengan tahap tanggapan peserta terhadap program dan pegawai PMAK. Pelaksanaan Program PMAK kurang mendapat sokongan dari kerajaan negeri. Tanggapan peserta terhadap desentralisasi kuasa dan pemberian kuasa kepada masyarakat tempatan dalam pelaksanaan Program PMAK adalah positif. Tahap penglibatan peserta yang diukur dari segi empat bentuk didapati pada keseluruhannya sederhana sahaja. Tahap penglibatan yang tinggi berlaku hanya di kalangan sebilangan kecil peserta.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Community organization - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Dr. Zahid Emby |
| Call Number: | FEM 1996 1 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Human Ecology |
| ID Code: | 9838 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 23 Feb 2011 06:03 |
| Last Modified: | 23 Feb 2011 06:05 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 23 Feb 2011 06:03.