UPM Institutional Repository

Satu Rangka Kerja Sistem Pengesanan Ralat dalam Sistem Tahan Rosak


Citation

Abas, Azizi (1999) Satu Rangka Kerja Sistem Pengesanan Ralat dalam Sistem Tahan Rosak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini membincangkan pembangunan satu sistem yang mempunyai fungsi-fungsi tahan rosak yang dikenali sebagai Sistem Pengesanan Ralat (SPR). Pembangunan SPR bertujuan untuk mengurangkan masalah ralat dan kerosakan yang berlaku dalam kawalan proses di Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). Objektif SPR ini ialah untuk mengesan ralat dan kerosakan mengikut jenis-jenis ralat yang telah dikenal pasti. Kajian ini mengambil kira sistem tahan rosak yang sedia ada di MODENAS seperti High Availability Cluster Multi Processing (HACMP). SPR merupakan sistem modul sokongan yang digunakan dalam persekitaran Sistem Kawalan Proses Pembuatan (MPCS). MPCS merupakan satu sistem masa nyata yang digunakan dalam industri pembuatan motosikal MODENAS. SPR berfungsi sebagai satu sistem yang mampu mengurangkan masa mati MPCS dengan cara mengesan sebarang ralat dan kerosakan yang dihasilkan. Metodologi kajian ini adalah untuk mereka bentuk satu rangka kerja sistem pengesanan ralat dan kerosakan yang terdapat dalam satu rangkaian kawasan setempat. Rangka kerja ini meliputi pindah muat fail log daripada komputer pelayan dan stesen kerja ke SPR dan fail log tersebut diproses untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya. SPR adalah satu penSlan yang dilaksanakan dalam komputer meJa dan dibangun menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic Versi 5 (VB5) dalam sistem pengoperasian Windows 95/ 98. Protokol komunikasi, Protokol Kawalan Pengangkutan / Protokol Internet (TCP/IP) Satu kajian penilaian pre stasi SPR dilakukan untuk mengenal pasti masa mati yang berlaku sebelum dan selepas SPR dibangunkan. bahawa masa mati MPCS berkurangan dan SPR sesuai digunakan sebagai alat pengesanan ralat MPCS.


Download File

[img] Text
FSKTM_1999_7_IR.pdf

Download (849kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Error messages (Computer science)
Subject: Debugging in computer science - Computer programs
Subject: Computer software - Development
Call Number: FSKTM 1999 7
Chairman Supervisor: Dr. Md Yazid Bin Mohd. Saman
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Feb 2011 07:05
Last Modified: 28 Nov 2023 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9633
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item