Jong, Lip Khiong (2003) Sifat Morfologi Buluh, Dendrocalamus Asper (Schultes F.) Backer Ex Heyne dan Perkaitannya dengan Faktor Edafik Terpilih di Bahagian Sri Aman, Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1879Kb |
Abstract
Sifat morfologi buluh, Dendrocalamus asper (Schultes f.) Backer ex Heyne dan perkaitannya dengan faktor edafik terpilih telah dikajikan di lima kawasan di bahagian Sri Aman, Sarawak. 96 plot telah disetkan di kawasan kajian berkenaan. Kedua-dua ciri-ciri fizikal dan kimia edafik termasuk pH, kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan, magnesium tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan, kandungan bahan organik, ketumpatan pukal dan tekstur telah ditentukan melalui analisis makmal. Keputusan menunjukkan bahawa tekstur tanah adalah pasir-Ioam, min bagi pH, kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan, magnesium tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan, kandungan bahan organik, ketumpatan pukal masing-masing adalah 5.20±0.05, 0.23±0.01%, 269.50±17.00 mgr¹, 1.43±0.18 cmol/kg, 0.91±0.06 cmol/kg, 0.30±0.01 cmol/kg, 0.10±0.02 cmol/kg, 14.26±0.61%, 9.51±0.42% dan 1.00±0.03 gcm⁻³.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Plant morphology |
| Subject: | Bamboo |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Japar Sidik Bujang, PhD |
| Call Number: | FSAS 2003 13 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Environmental Studies |
| ID Code: | 9543 |
| Deposited By: | Muizzudin Kaspol |
| Deposited On: | 14 Feb 2011 16:45 |
| Last Modified: | 21 May 2012 11:49 |
Repository Staff Only: item control page