Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi Menang COMSTECH Young Scientist Award

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi Menang COMSTECH Young Scientist Award.

[img] PDF
66Kb

Abstract

ISLAMABAD, 13 Januari- Profesor di Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi mendapat pengiktirafan sebagai penerima kategori COMSTECH Young Scientist Award di sini baru-baru ini. Kategori itu dianugerahkan kepada saintis berusia 40 tahun ke bawah dari negara-negara OIC yang telah memberikan sumbangan dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan kriteria impak penerbitan (bilangan citation), penerbitan (buku, konferens dan penyelidikan), paten, geran penyelidikan serta anugerah dan pengiktirafan. Beliau menerima wang tunai USD3,000, plak anugerah dan sijil daripada Perdana Menteri Pakistan, Yousaf Raza Gillani yang juga Pengerusi Bersama COMSTECH sempena General Assembly Meeting of Organization of Islamic Conference (OIC) Standing Committee on Scientific and Technological Cooperation (COMSTECH) ke-14. Selain itu, COMSTECH turut memberi anugerah COMSTECH Award in Biology kepada Prof. Dr. Wasim Ahmad (Pakistan) dan Prof. Dr. Ilkay Erdagon Orhan (Turki) dan COMSTECH Award in Chemistry kepada Prof. Dr. Muhammad Iqbal Choudhary (Pakistan) dan Prof. Yusuf Yagci (Turki). Sementara itu, anugerah COMSTECH Best Paper Award telah dinobatkan kepada Dr. Farhad Islami dari Iran. Anugerah ini diharapkan dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penyelidik negara OIC dan dapat meningkatkan kemajuan individu dalam sains dan teknologi.

Item Type:UPM News
ID Code:9478
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:09 Feb 2011 07:04
Last Modified:27 May 2013 07:42

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Feb 2011 07:04.

View statistics for "Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi Menang COMSTECH Young Scientist Award"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.