UPM Institutional Repository

Persepsi Guru Besar dan Guru Terhadap Pencapaian Objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di Kalangan Murid Bermasalah Pendengaran


Citation

Karuppannan, Gunasegaran (2003) Persepsi Guru Besar dan Guru Terhadap Pencapaian Objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di Kalangan Murid Bermasalah Pendengaran. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pendidikan khas merupakan pendidikan yang disediakan untuk pelajar yang bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran melalui sekolah khas, program inklusif dan program percantuman. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar bermasalah pendengaran dalam program percantuman pendidikan khas amat tidak memuaskan. Oleh kerana pelajar bermasalah pendengaran di sekolah rendah mengikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), maka dalam kajian ini objektif KBSR telah digunakan sebagai asas untuk melihat kelemahan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian objektif KBSR ini dilihat daripada persepsi Guru Besar dan guru pendidikan khas terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, suasana tugas, komitmen terhadap tugas, dan kesesuaian kemudahan yang disediakan. Suasana tugas dilihat dari aspek pengiktirafan yang diterima oleh guru, sokongan yang diterima oleh guru, perhubungan guru dengan pihak sekolah dan ibu bapa, penglibatan murid, penglibatan ibu bapa dan kemahiran menggunakan bahasa isyarat. Di bawah aspek kesesuaian kemudahan pula dikaji faktor prasarana, kesesuaian bahan bantu mengajar dan peruntukan kewangan. Kajian ini merupakan reka bentuk deskriptif-korelasi yang dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dijawab oleh Guru Besar dan guru pendidikan khas. Hasil kajian menunjukkan, Guru Besar dan guru pendidikan khas mempunyai persepsi bahawa objektif KBSR tercapai di kalangan pelajar bermasalah pendengaran dan mereka juga mempunyai persepsi bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik. Sementara itu, guru pendidikan khas mempunyai persepsi bahawa mereka tidak menerima pengiktirafan yang cukup dalam program percantuman dan juga mereka tidak menerima sokongan daripada guru normal dalam menjalankan tugas. Berdasarkan persepsi guru pendidikan khas didapati bahawa perhubungan mereka dengan pihak pentadbir, guru normal, pelajar normal dan ibu bapa adalah baik. Daripada aspek penglibatan murid pula didapati guru pendidikan khas mempunyai persepsi pada tahap sederhana bahawa murid mengikut arahan, berminat untuk belajar dan mahu menggunakan alat bantu pendengaran. Ibu bapa pula didapati tidak menunjukkan minat dalam pelajaran anak mereka dan juga tidak melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti sekolah. Selain itu, didapati guru pendidikan IV khas dan pelajar hanya mahir pada tahap sederhana dalam bahasa isyarat. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan guru pendidikan khas komited terhadap tugas mereka. Guru pendidikan khas juga mempunyai persepsi bahawa kesesuaian kemudahan yang disediakan iaitu dari aspek prasarana, bahan bantu mengajar dan peruntukan hanya berada pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan guru pendidikan khas yang mengkhusus dalam bidang masalah pendengaran lebih komited dan dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Selain itu, didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pengalaman guru pendidikan khas dengan kesemua pemboleh ubah bebas yang dikaji. Akhir sekali kajian menyimpulkan bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran, pengiktirafan dan kemahiran dalam bahasa isyarat menjadi peramal dalam menentukan pencapaian objektif KBSR.


Download File

[img] Text
FPP_2003_22.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Children with disabilities - Education
Subject: Hearing impaired students
Call Number: FPP 2003 22
Chairman Supervisor: Associate Professor Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 28 Jan 2011 04:44
Last Modified: 26 Feb 2024 04:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9388
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item