Zubir @ Salim, Azlizamani (2002) Persepsi Pelajar Terhadap Guru Kaunseling dari Perspektif Pelbagai Budaya. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1085Kb |
Abstract
Kajian ini menganalisa persepsi pelajar tentang hubungan antara budaya guru kaunseling dengan faktor-faktor membantu, dan tahap keyakinan, keselesaan dan kepercayaan terhadap guru kaunseling. Definisi budaya yang lebih luas diaplikasikan dalam kajian ini, dengan mengambil kira pembolehubah demograflk, status dan etnografik. Faktor-faktor membantu termasuklah keberkesanan guru kaunseling, cara mereka menolong, kecekapan, tahap kesediaan untuk menolong sifat memahami, kerajian dan keikhlasan. Seramai 242 orang pelajar dan tiga buah sekolah, iaitu SM Sn Serdang, SM Sn Kembangan, dan SM Seksyen 18 Shah Alam, telah diminta berkongsi persepsi mereka di dalam kajian deskriptif ini, menggunakan borang soal-selidik. Statistik deskriptif dianalisa dan hasil kajian menunjukkan persepsi adalah relevan dengan objektif kajian. Pembolehubah yang digunapakai dalam definisi budaya dilihat mempunyai kaitan dengan faktor membantu dan juga tahap keyakinan, keselesaan serta kepercayaan pelajar terhadap guru kaunseling.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Counselors - Selangor |
| Subject: | Perception |
| Subject: | Educational counseling - Selangor |
| Chairman Supervisor: | Mohd Yusoff bin Hj. Ahmad, M.Sc |
| Call Number: | FPP 2002 22 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9330 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 24 Jan 2011 10:12 |
| Last Modified: | 08 Nov 2012 14:53 |
Repository Staff Only: item control page