UPM Institutional Repository

Pelajar UPM Menang Pertandingan Seni Bina Antarabangsa, SAIE Selection 10, Itali


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar UPM Menang Pertandingan Seni Bina Antarabangsa, SAIE Selection 10, Itali. [UPM News]

Abstract

BOLOGNA – Pelajar Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina (FRSB) Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Ramadan Shahabudin, 24, mengharumkan negara apabila memenangi kategori Metal & Glass (pelajar) bagi rekaan bangunan berasaskan logam dan kaca pada pertandingan seni bina, SAIE Selection 10 di sini baru-baru ini. Beliau merupakan wakil tunggal Asia memenangi pertandingan berprestij yang disertai 36 negara dan didominasi peserta Eropah termasuk tuan rumah Itali, Denmark, Poland, Romania dan Ireland. Rekaan Ramadan menambat hati juri kerana futuristik bangunan pejabatnya menggunakan strategi maksimum perancangan teknologi hijau termasuk persekitaran bekerja yang berkualiti dari segi kesihatan, menjimatkan tenaga elektrik dan mengurangkan kesan rumah hijau. “Rekaan saya bukan hanya mementingkan pemeliharaan alam sekitar, tetapi turut memberi impak positif kepada pekerja dan mementingkan nilai estetika yang mencerminkan bangunan futuristik. “Saya menyertai pertandingan ini bukan semata-mata untuk mendapat pengiktirafan global, tetapi untuk pendedahan sains dan teknologi terkini berkaitan reka bentuk dan bahan yang digunakan dalam seni bina ini,” katanya. Menurut Ramdan, walaupun kebanyakan pelajar senibina terlalu terikat dengan prinsip sains dalam rekaan hingga membataskan kreativiti seni mereka, beliau menghasilkan rekaannya dengan mengutamakan kesenian reka bentuk sebelum menyesuaikannya dengan prinsip sains yang perlu dipatuhi agar realistik untuk dibina. “Saya menggunakan kaedah berbeza dengan melakar sebanyak mungkin idea rekaan kesenian bangunan terlebih dahulu sebelum mengambil kira aspek sains,” katanya. Teknologi hijau juga ciri utama mahu diterapkan dalam rekaan dan identitinya sebagai bakal arkitek selaras inisiatif kerajaan yang giat mempromosikan teknologi hijau.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_Menang_Pertandingan_Seni_Bina_Antarabangsa.pdf

Download (52kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 24 Jan 2011 00:31
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9324
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item