Zainal Abiddin, Norhasni (2000) Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
461Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memahami masalah pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang berkaitan dengan punca permasalahan dan juga langkah mengatasi masalah yang wujud. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: (1) apakah tindakan dan pendekatan yang digunakan oleh MARA dalam mendapatkan semula pinjaman pelajaran; (2) apakah masalah atau halangan yang menyebabkan peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman; dan (3) apakah latar belakang peminjam yang bermasalah dalam pembayaran balik pinjaman. Kaedah penyelidikan kualitatif adalah lebih sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Data-data telah diperolehi melalui temubual, pemerhatian secara tidak formal dan dokumen-dokumen formal yang berkaitan. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang pegawai pengurusan MARA dan lima orang peminjam bermasalah. Temubual telah dilakukan di antara Oktober 1999 hingga Disember 1999. Semua temubual telah dirakam dengan alat perakam suara berpandukan kepada soalan separa struktur. Selain daripada responden yang telah dikenalpasti, peminjam yang tidak bermasalah juga telah ditemubual secara tidak formal. Hasil kajian mendapati : (1) dalam proses kutipan pinjaman, MARA mengamalkan pendekatan untuk membantu peminjam dengan mengambilki ra masalah peminjam; (2) pendedahan identiti peminjam dan penjamin di akhbar tempatan adalah langkah yang berkesan dalam mendapatkan semula pinjaman; (3) peminjam yang mempunyai prestasi pelajaran yang rendah dan menuntut di luar negara adalah lebih bermasalah di dalam membayar balik pinjaman; dan (4) sikap, mentaliti subsidi, amalan rakan yang dijadikan ikutan dan kegawatan ekonomi juga merupakan antara faktor peminjam melengah-lengahkan membayar balik pinjaman pelajaran MARA.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Loan - MARA |
| Chairman Supervisor: | Azahari Ismail, PhD |
| Call Number: | FPP 2000 10 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9201 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 13 Jan 2011 09:25 |
| Last Modified: | 13 Jan 2011 09:26 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 13 Jan 2011 09:25.
View statistics for "Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA"