Faktor-Faktor Terpilih yang Mempengaruhi Komitmen Keorganisasian di Kalangan Staf Bahagian Teknologi Maklumat Telekom Malaysia Berhad

Samad, Sarminah (2000) Faktor-Faktor Terpilih yang Mempengaruhi Komitmen Keorganisasian di Kalangan Staf Bahagian Teknologi Maklumat Telekom Malaysia Berhad. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
915Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan tahap komitmen keorganisasian dan perkaitan komitmen keorganisasian dengan pembolehubah kajian di kalangan staf di Bahagian Teknologi Maklumat, Telekom Malaysia Berhad Kajian juga bertujuan untuk mengenalpastt peramal yang signifikan kepada komitmen keorganisasian di kalangan staf Bahagian Teknologi Maklumat, menentukan perkaitan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian setelah mengawal pembolehubah timbalbalas sosial, menentukan pengaruh pembolehubah perantara ke atas hubungan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian dan menentukan sama ada model komitmen keorganisasian De Cotus dan Summers (1987) merupakan kerangka kajian yang sesuai untuk mengkaji komitmen keorganisasian di kalangan staf Telekom Malaysia Berhad serta menghasilkan suatu model pilihan komitmen keorganisasian yang lebih komprehensif dalam konteks Malaysia Sejumlah 292 staf daripada kumpulan eksekutif dan buan eksekutif di enam Bahagian Teknologi Maklumat telah dikaji. Kajian menggunakan soal selidik secara berstruktur dan ditadbir sendiri oleh responden. Kajian ini mendapati tahap komitmen keorganisasian di kalangan staf Bahagian Teknologi Maklumat adalah sederhana. Kajian juga mendapati komitmen keorganisasian mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pembolehubah kriteria organisasi, umur, tempoh khidmat di Telekom Malaysia Berhad dan Bahagian Teknologi Maklumat, kepuasan kerja, kriteria kerja, nilai dan etika Islam dan kriteria bukan berkaitan kerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah perantara timbalbalas sosial berupaya memberi pengaruh kepada hubungan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian. Penemuan kajian juga mendapati perkaitan pembolehubah kajian dengan komitmen keorganisasian adalah positif dan signifikan setelah mengawal pembolehubah perantara timbalbalas sosial.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Telekom Malaysia Berhad.
Subject:Organizational commitment - Malaysia.
Subject:Information technology.
Chairman Supervisor:Associate Professor Turiman Suandi, PhD
Call Number:FPP 2000 8
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9199
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:12 Jan 2011 07:31
Last Modified:23 Jul 2012 00:47

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.