Loh, Sau Cheong (1999) Atribusi Terhadap Kejayaan dan Kegagalan Matematik di Kalangan Pelajar Sains dan Pelajar Sastera Tingkatan Empat. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 5Mb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan atribusi terbadap kejayaan dan kegagalan Matematik antara pelajar Sains dan pe1ajar Sastera Tingkatan Empat. Subjek merupakan 262 orang pelajar Tingkatan Empat yang telah dipiliib mengikut persampelan rawak berlapis dari dua buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Antara subjek ini, 130 orang adalah pelajar Sains dan 132 orang adalah pelajar Sastera. Atribusi terhadap kejayaan dan kegagalan Matematik telah diukur dengan menggunakan Skala Atribusi Kejayaan dan Kegagalan Matematik yang diubahsuai dari Skala Dimensi Causal oleh Russell sementara lokus kawalan pelajar telah diukur dengan menggunakan Skala Kawalan Pelajar yang diubahsuai dari Skala Lokus Kawalan oleh Rotter. Lokus kawalan seterusnya digunakan bagi menentukan motivasi pencapaian pelajar . Perbezaan min atribusi mengikut aliran persekolahan dan jantina telah ditentukan ke signifikannya melalui ujian-t sampel tak bersandar. Bagi aliran persekolaban, terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi kestabilan dan kebolehkawalan dalam situasi gagal dan perbezaan yang signifikan bagi dimensi lokus, kebolehkawalan, dan kestabilan dalam situasi lulus. Bagi jantina, perbezaan min atribusi yang signifikan wujud dalam dimensi lokus bagi situasi lulus dan dalam dimensi kebolehkawalan bagi situasi gagal.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Mathematics - Study and teaching (Secondary) - Kuala Lumpur |
| Subject: | Mathematical ability - Testing |
| Subject: | Grading and marking (Students) - Kuala Lumpur |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Hjh. Habibah Elias |
| Call Number: | FPP 1999 73 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9182 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 12 Jan 2011 09:59 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:33 |
Repository Staff Only: item control page