Mohamad, Pauziah (1999) Satu Perbandingan Tentang Kesan Pendekatan Model Prosa dengan Pendekatan Konvensional dalam Pengajaran Penulisan Karangan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1281Kb |
Abstract
Kajian ini cuba mendapatkan bukti tentang kesan pendekatan model prosa dalam pengajaran penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk membuat perbandingan tentang kesan pendekatan model prosa dengan pendekatan konvensional dalam pengajaran penulisan karangan. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen. Instrumen atau alat yang digunakan ialah markah penulisan karangan responden dan jawapan soal selidik responden. Data-data kajian yang dikumpulkan ialah markah pencapaian penulisan karangan semasa ujian pra, fasa latihan, dan ujian pasca. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran penulisan karangan menggunakan pendekatan model prosa. Bahan-bahan tersebut dianalisis secara terperinci dan dibuat perbandingan terhadap prestasi penulisan karangan semasa ujian pra, fasa latihan dan ujian pasca pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan konvensional. Perbandingan dibuat menggunakan program SPSS untuk mencari perbezaan berasaskan Ujian t. Di samping itu, jawapan soal selidik dianalisis mengikut taburan kekerapan dan peratusan.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Malay language - Writing - Study and teaching (Secondary) - Evaluation |
| Subject: | Malay language - Rhetoric - Ability testing |
| Subject: | Malay language - Composition and exercises - Comparative studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Rohani Ahmad Tarmizi |
| Call Number: | FPP 1999 72 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9180 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 12 Jan 2011 09:56 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:33 |
Repository Staff Only: item control page