Keyword Search:

Pengetahuan, Pemahaman dan Sikap dalam Literasi Komputer di Kalangan Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam

Ibrahim, Roslina (1999) Pengetahuan, Pemahaman dan Sikap dalam Literasi Komputer di Kalangan Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2836Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan tentang komputer, pemahaman tentang komputer dan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Secara terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (l) tahap pengetahuan tentang komputer di kalangan bakal guru, (2) tahap pemahaman tentang komputer di kalangan bakal guru, (3) sikap terhadap komputer di kalangan bakal guru, (4) hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan pemahaman tentang komputer. (5) hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan sikap terhadap komputer dan (6) hubungan antara pemahaman tentang komputer dengan sikap terhadap komputer. Pengkaji telah menjalankan kajian dengan menggunakan soal selidik yang dibina untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap pengetahuan tentang komputer dan tahap pemahaman tentang komputer. Kedua-dua tahap pengetahuan dan pemahaman ini diukur dengan mengemukakan 25 item ujian bagi setiap bahagian. Manakala pemyataan berdasarkan skala Attitude Toward Computer Scale (ATeS) digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap guru pelatih terhadap komputer. Seramai 178 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Maktab Perguruan Islam di Bangi, Selangor Darul Ehsan pada sesi Julai 1998/99 dipilih sebagai sampel kajian ini. Kesimpulan bagi kajian ini ialah: (1) Tahap pengetahuan tentang komputer di kalangan guru pelatih adalah sederhana; (2) Tahap pemahaman tentang komputer di kalangan guru pelatih adalah sederhana tinggi, (3) Sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih adalah sangat positif; (4) Terdapat hubungan positif di antara pengetahuan tentang komputer dengan pemahaman tentang komputer di kalangan guru pelatih (r=0.33, p<0.001); (5) Terdapat hubungan positif di antara pemahaman tentang komputer dengan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih (r=1.27, p<0.001); dan (6) Tidak terdapat hubungan yang bererti antara pengetahuan tentang komputer dan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih (r=0.14, p>0.05). Kajian ini telah memberi maklumat tentang tahap pengetahuan, pemahaman dan sikap dalam literasi komputer guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Student teachers - Malaysia - Attitude
Subject:Computer literacy - Malaysia
Chairman Supervisor:Dr. Mohd. Majid Konting
Call Number:FPP 1999 51
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9160
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:11 Jan 2011 02:54
Last Modified:25 Jul 2011 08:05

Repository Staff Only: Edit item detail

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.