Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Foong, Peck Lee (1999) Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1676Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dengan pengetahuan komputer, pengalaman mengguna komputer, kekerapan mengguna komputer dan umur responden kajian juga menentukan sama ada terdapat perbezaan kesediaan antara mereka yang pernah mengikuti kursus komputer dengan mereka yang tidak pernah, yang berbeza kelulusan akademik dan yang mengajar matapelajaran yang berbeza sampel kajian terdiri daripada 72 orang guru yang dipilih secara rawak dan empat buah sekolah menengah di negeri Selangor. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidikk dan dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan, min, ujian korelasi Pearson, ujian-t dan Ujian ANOVA Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan yang sederhana tinggi terhadap penggunaan komputer walaupun demikian, tahap pengetahuan komputer responden adalah rendah hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden menggunakan komputer untuk pemprosesan perkataan sahaja Pengetahuan responden terhadap penggunaan perisian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat lemah. Kesediaan guru terhadap penggunaan komputer didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pengetahuan komputer dan pengalaman mengguna komputer. Kajian mendapati wujudnya hubungan yang positif tetapi tidak signifikan antara kesediaan guru dengan kekerapan mengguna komputer, pengalaman mengajar dan umur responden. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan guru dengan pengalaman menyertal kursus, kelulusan akademik dan matapelajaran yang diajar sebagal kesimpulan, kajian mendapati guru-guru tidak mempunyai pengetahuan komputer yang mencukupi untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun demikian, guru-guru didapati bersedia untuk menghadapi cabaran ini.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Computer managed instruction
Subject:Education - Malaysia - Data processing
Subject:Teaching - Computer network resources
Chairman Supervisor:Aida Suraya Hj. Md Yunus, PhD
Call Number:FPP 1999 33
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9147
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:10 Jan 2011 07:29
Last Modified:25 Jul 2011 07:57

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Jan 2011 07:29.

View statistics for "Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.