Pengaruh Anthropometri Tubuh Badan Keatas Prestasi Aerobik dan Anaerobik Serta Kekerapan Kecederaan Fizikal Terhadap Pemain Bolasepak Liga Perdana Johor dan Liga Simpanan Negeri Johor

Zainuddin, Zainal Abidin (1999) Pengaruh Anthropometri Tubuh Badan Keatas Prestasi Aerobik dan Anaerobik Serta Kekerapan Kecederaan Fizikal Terhadap Pemain Bolasepak Liga Perdana Johor dan Liga Simpanan Negeri Johor. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1002Kb

Abstract

Bentuk badan seseorang atlet adalah salah satu aspek yang dipercayai turut menyumbang kepada kecemerlangan atlet dalam sukan yang diceburi. Kajian lampau juga ada mengaitkan bentuk badan tertentu dengan risiko kecederaan. Oleh sebab itu aspek anthropometrik tubuh badan wajar menjadi satu kriteria pemilihan pemain untuk sesuatu pasukan yang dijalankan olehjurulatih. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini masih samar dan belum pemah dijalankan di negara ini. Sehubungan dengan itu penyelidik telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian agar mendapat gambaran yang lebih tepat lagi mengenai pengaruh anthropometrik terhadap prestasi aerobik dan anaerobik dan kekerapan kecederaan fizikal. Dapatan kajian telah diperolehi melalui kajian soal selidik dan tiga (3) jenis ujian iaitu ujian pengukuran bentuk badan, ujian kuasa anaerobik dan ujian kuasa aerobik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara bentuk badan dengan prestasi aerobik dengan nilai t = -3.089. P <=0.05 dan perbezaan yang sangat signifikan antara bentuk badan dengan kekerapan cedera F =: 40.326, p<0.05. Perbandingan antara 3 bentuk tubuh badan mendapati bentuk badan mesomorf adalah yang paling sesuai untuk bersaing dalam sukan diikuti oleh ektomorf dan endomorf Dari aspek kekerapan kecederaan pula, bentuk badan ektomorf paling kerap cedera diikuti oleh bentuk badan endomorf dan mesomorf.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Anthropometry - Johor
Subject:Aerobic exercises - Evaluation - Johor
Subject:Anaerobiosis - Evaluation - Johor
Chairman Supervisor:Tuan Sheikh Kamaruddin Bin Sheikh Ahmad
Call Number:FPP 1999 8
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9115
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:07 Jan 2011 02:20
Last Modified:18 Oct 2012 07:58

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.