Keyword Search:

Persepsi Guru Terhadap Ketrampilan yang Diperlukan dalam Pengajaran Elektif Ekonomi Rumar Tangga di Sekolah Menengah Akademik di Negeri Selangor:Satu Tinjauan

Soo, Wee Leng (1999) Persepsi Guru Terhadap Ketrampilan yang Diperlukan dalam Pengajaran Elektif Ekonomi Rumar Tangga di Sekolah Menengah Akademik di Negeri Selangor:Satu Tinjauan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
6Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi guru mengenai ketrampilan yang diperlukan dalam pengajaran elektif Ekonomi Rumah Tangga di sekolah menengah akademik di negeri Selangor. Objektif kajian adalah mengkaji ketrampilan guru terhadap persediaan dan pengajaran, kaedah pengajaran, pengelolaan dan pentadbiran ERT, sikap terhadap kemahiran profesional dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran secara menyeluruh. Seramai 68 guru ERT dari 9 daerah di negeri Selangor telah dipilih menjadi responden. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang dikirim melalui pos. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian The Statistical Programfor Social Sciences 7.5 (SPSS 7.5). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. ujian t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru adalah positif terhadap persediaan dan pengajaran dan ini adalah satu ketrampilan yang diperlukan dalam pengajaran ERT. Dari segi kaedah pengajaran ERT, dapatan kajian menunjukkan responden mementingkan penggunaan pelbagai kaedah dalam pengajaran. Skor min responden terbadap pengelolaan dan pentadbiran mata pelajaran ERT adalah tinggi (x.=30.98). Begitu juga sikap responden (x.=34.09) terhadap kemahiran profesional. Di samping itu dapatan kajian menunjukkan kemabiran yang diperlukan dalam pengajaran ERT ialah guru perlu memberi rangsangan kepada pelajar (x.=3.55).

Item Type:Project Report
Subject:Effective teaching.
Subject:Home economics - Study and teaching - Negeri Selangor.
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. Hjh. Hapsah Bt Hj Mohd Nawawi, PhD
Call Number:FPP 1999 3
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9108
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:06 Jan 2011 14:30
Last Modified:05 Jun 2012 15:51

Repository Staff Only: Edit item detail